Pada 27 Julai 1877, Raja Muda Yusuf telah dilantik menjadi sebagai Pemangku Sultan Perak dengan memakai gelaran Regent. Tujuan perlantikan ini adalah dibuat kerana untuk mengisi kekosongan takhta Sultan untuk Kerajaan negeri Perak apabila Sultan Abdullah Sultan Perak yang ke 26 telah dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1876 oleh Inggeris kerana terlibat dalam rancangan pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875.
Kenali Pemerintah Mukim Lambor Sebelum Penjajahan British
Sebenarnya, British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula sejak dari 11 Ogos 1786 lagi apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura pula melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris dengan Belanda pada tahun 1824 pada asalnya membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.
Siapa Gerangan Patung Yang Terdapat Di Muzium Taiping?
Muzium Perak atau lebih dikenali sebagai Muzium Taiping sememangnya diketahui merupakan muzium yang tertua di negara ini. Banyak artifak yang tinggi nilai sejarahnya ditempatkan disini sebagai pelajaran untuk lebih mengenali masa lampau terutamanya mengenai sejarah negeri Perak.
Pembesar Perak Dalam Misi Bebaskan Kapal S.S. Nisero Di Acheh Tahun 1884
Berdasarkan Geografi kedudukan tanah Melayu budaya sebagai pelaut telah lama wujud mengikuti sejarah Melayu lama. Namun begitu rujukan bagi penglibatan aktiviti pelaut pada waktu itu tidak didokumentasikan dengan cara yang baik dan sistematik yang menyaksikan penglibatan orang melayu dalam Tentera Laut Simpanan Diraja Malaya (RMNVR) didokumentasikan dan seterusnya dipilih menjadi tahun keramat penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sejarah Hospital Batu Gajah, Perak
Tidak lama selepas terbinanya Hospital Taiping selaku hospital pertama di Perak, Hospital Batu Gajah pula dibina dalam tahun yang sama dengan pembukaan Hospital Taiping iaitu pada tahun 1880 oleh penjajah Tanah Melayu pada waktu itu iaitu orang-orang British.
Pengasas Askar Wataniah Berasal Dari Lambor Kiri
Kolonel Dato’ Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff telah dilahirkan pada 20 Febuari 1918 di Kampung Lambor Kiri, Bota, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya di Sekolah Anderson yang terletak di Ipoh dari tahun 1928 hingga 1937.
Kisah Keberanian Mejar Zainal Abdul Rashid Dari Pantai Remis, Perak
Kisah yang ingin didendangkan adalah berkenaan dengan seorang anggota tentera tanah air kita negara Malaysia yang mana beliau merupakan seorang perwira yang berasal dari Pantai Remis, Perak.
Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni
Mungkin ramai golongan muda sekarang tidak tahu bahawa Kazar asalnya bermula dalam dunia seni sebagai artis rakaman dan beliau cukup popular sekitar tahun 1980an. Nama sebenar Kazarudin Saisi atau lebih senang dengan panggilan Kazar yang dikenali hari ini lebih popular dalam bidang lakonan.
Kandungan
Pengenalan Kazar Saisi
Untuk makluman anda semua, Kazaruddin Saisi dilahirkan di Behrang, Perak pada tahun 1959. Sejak zaman persekolahan lagi beliau memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi dan memiliki albumnya yang tersendiri.
Untuk mengejar impiannya itu, beliau meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang-peluang yang ada dalam dunia seni.
Pada asalnya, Kazar Saisi telah terpilih dalam satu sesi uji bakat untuk album kompilasi kempen anti dadah dalam sekitar tahun 1983. Dengan tidak mengenali dan tidak bergantung kepada sesiapa di Kuala Lumpur, bakatnya sahaja yang menjadi harapan untuk dapatkan peluang-peluang menjadi seorang seniman.

Bermula Karier Sebagai Penyanyi
Sudah ditakdirkan dan tentuan oleh tuhan, Kazar Saisi terpilih dan direkrut oleh Serina Hashim yang juga merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dan pelakon dalam sekitar tahun 1970an. Inilah peluang pertama yang beliau dapat untuk merakamkan sebuah lagu untuk album khas yang diterbitkan dalam bentuk kaset.

Seorang jurutera bunyi yang terlibat dalam rakaman album kompilasi kempen anti dadah tersebut telah membantu Kazar Saisi untuk buat demo lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk Ana Aku Merana.
Demo lagu pertama Kazar Saisi kemudian dihantar kepada seorang komposer yang terkenal dan telah mambawa naik ramai penyanyi popular pada waktu itu iaitu Datuk Ahmad Nawab.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sekali lagi nasib menyebelahi Kazar apabila demo lagu tersebut diterima oleh Datuk Ahmad Nawab. Kazar Saisi kemudian dipanggil oleh Datuk Ahmad Nawab untuk tandatangan kontrak dengan tanpa melalui proses uji bakat seperti artis yang lain.

Mula Menempah Nama Dalam Negara
Lagu ciptaan Kazar yang bertajuk Ana Aku Merana kemudian ditukarkan kepada tajuk baru iaitu Kali Pertama Kasih Ku Bersemi dan lagu tersebut telah dimuatkan ke dalam album sulung Kazar dalam tahun 1984. Sejak dari itu, nama Kazar mula dikenali di seluruh negara dan beliau amat terkenal dan disukai ramai!
Pernah dalam tahun 1985 yang mana pada waktu itu lagu beliau yang bertajuk Memburu Impian pernah menjadi muzik langsung untuk filem Gila Gila Remaja yang dilakonkan oleh Faizal Hussein.
Dengan terpilihnya lagu beliau untuk dijadikan runut bunyi filem tersebut, ia memberi impak dengan meninggalkan kenangan yang cukup manis buat diri Kazar sehingga ke hari ini.
Bermula Karier Dalam Dunia Lakonan
Untuk dalam dunia lakonan pula, Kazar mula berlakon dalam sekitar tahun 1990an yang mana pada ketika itu stesen televisyen swasta mula diperkenalkan.
Kesan atas stesen televisyen swasta mula diperkenalkan adalah menyebabkan ramai penyayi mencuba nasib dalam bidang lakonan dan Kazar juga turut tidak terkecuali.

Sehingga ke hari ini, Kazar meneruskan kariernya sebagai pelakon dan beliau telah membintangi puluhan drama di televisyen. Pelakon yang cukup terkenal dengan sikap merendah diri ini juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2014 dan Pelakon Komedi TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada tahun 2016.

Jika zaman dulu, pelakon baru akan dibayar dalam jumlah yang rendah atas alasan faktor pelakon baru dan pelakon lebih senior akan diberi bayaran yang lebih mahal.
Manakala pada hari ini segalanya sudah terbalik situasinya. Apa yang dapat kita lihat, pelakon baru hari ini diberi bayaran yang lebih tinggi dan pelakon lama diberikan bayaran yang lebih rendah.

Penutup
Walaupun Kazar terpaksa dan masih menerima bayaran yang lebih kurang sama dalam situasi dua zaman yang berbeza, Kazar tetap bersyukur atas limpahan rezeki yang diterimanya dan berharap agar peminat akan sentiasa menyokong beliau dalam perjuangan karier industri seni.
Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak
Ramai diantara kita yang tahu akan kisah serangan besar-besaran tentera British yang dibawa dari Hong Kong dan India keatas Pasir Salak sebagai usaha untuk membalas dendam akan nasib Residen British pertama Perak iaitu J.W.W. Birch.
Disebalik Nama Politeknik Ungku Omar Di Ipoh
Politeknik Ungku Omar terletak di Jalan Raja Musa Mahadi yamg mana dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary di Ipoh, Perak. Politeknik Ungku Omar ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dengan peruntukan sebanyak RM24.5 juta.
