● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:12
Sejarah

Kisah Keberanian Mejar Zainal Abdul Rashid Dari Pantai Remis, Perak

25 Jan 2019 · 2 min baca · 250 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kisah yang ingin didendangkan adalah berkenaan dengan seorang anggota tentera tanah air kita negara Malaysia yang mana beliau merupakan seorang perwira yang berasal dari Pantai Remis, Perak.

Tersimpan sebuah kisah yang amat baik untuk didendangkan kepada seluruh anak bangsa supaya menjadi ikutan atas keberanian beliau dalam mempertahankan negara yang dicintai. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, individu yang dimaksudkan adalah tidak lain tidak bukan iaitu Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid yang mana beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977 atas satu kisah pertempuran dengan pengganas komunis. Keberanian Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid dalam pertempuran dengan pengganas komunis tidak dapat dinafikan lagi apabila dengan beraninya bertempur serta menyaksikan 6 pengganas komunis dibunuh. Malang sekali, Mejar Zainal Abdul Rashid turut terkorban dalam pertempuran tersebut. Kisahnya pertempuran Operasi Gubir II tersebut berlaku pada 15 Julai 1976 di Gubir, Kedah apabila Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid bersama-sama dengan lima anggotanya berjaya mengesan sekumpulan pengganas komunis seramai 15 orang setelah mengekori pergerakan mereka beberapa hari sebelumnya.

Kisah Keberanian Mejar Zainal Abdul Rashid Dari Pantai Remis, Perak

Sewaktu bertempur dan berjaya menumbangkan dua orang pengganas dibunuh dengan tembakan rambang, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid terus meluru dengan berani ke arah musuh sambil memberi kata-kata semangat agar anggotanya tidak gentar untuk terus berjuang.

Kisah Keberanian Mejar Zainal Abdul Rashid Dari Pantai Remis, Perak

Dalam masa yang sama juga, seorang pengganas komunis wanita yang cedera membaling sebutir bom tangan dan telah mencederakan Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid. Keberaniannya yang luar biasa dan daya kepimpinannya yang tinggi telah membakar semangat juang anggota-anggotanya yang lain untuk menggempur musuh.

Kisah Keberanian Mejar Zainal Abdul Rashid Dari Pantai Remis, Perak

Akhirnya, mereka berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas dan merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Apa yang menyedihkan, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid turut gugur dalam pertempuran tersebut. Setahun kemudian, Allahyarham Mejar Zainal Abdul Rashid dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 1 Jun 1977.

Pantomin insiden pertempuran Operasi Gubir II - kredit video BTDM Pantomin ini memaparkan insiden pertempuran sehingga mengorbankan nyawa Mejar Zainal Abdul Rashid (ketika berpangkat kapten) dalam Operasi Gubir II di kawasan Gubir, Kedah pada 15 Julai 1976. Watak Mejar Zainal dimainkan sendiri oleh anak beliau iaitu Encik Mohd Hazem Shah Zainal.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.