28.9 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Asal Usul Dan Sejarah Nama Pekan Gopeng

- Advertisement -
- Advertisement -

Pekan Gopeng terletak kira-kira 20 kilometer dari ibu negeri Perak iaitu Ipoh dan Gopeng sebenarnya adalah merupakan satu lokasi yang cukup strategik kerana dikelilingi oleh bandar-bandar besar. Selain Ipoh, pekan Gopeng ini juga berada di lingkaran bandar Kampar yang berada di bahagian Selatan dan Batu Gajah (Barat).

Oleh kerana kedudukannya yang strategik, keadaan itu menjadikan pekan Gopeng tidak dapat lari dari kesibukan rutin harian masyarakat disekitar kawasan. Di Gopeng juga terdapat gua batu kapur yang selamat untuk diterokai iaitu Gua Tempurung dan juga Gua Kandu.

Kali ini, orangperak.com ingin berceritakan tentang asal usul nama pekan Gopeng. Dikatakan bahawa nama pekan Gopeng diberi berdasarkan nama individu yang terkenal di kawasan tersebut pada satu ketika dahulu sewaktu aktiviti perlombongan bijih timah sedang giat aktif dijalankan.

Nama individu tersebut tidak lain tidak bukan adalah Goh Peng. Goh Peng adalah seorang pelombong dari negara China yang datang ke Tanah Melayu berikutan dengan kes kebuluran dan bencana banjir besar di China pada satu ketika dahulu.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Pekan Gopeng

Kehadiran Goh Peng ke kawasan yang dikenali sebagai Pekan Gopeng hari ini telah membuka satu lembaran baharu terhadap corak pembangunan di kawasan sana. Sebelum wujudnya nama pekan Gopeng, kawasan berkenaan lebih dikenali sebagai nama Gunung Mesah.

Kawasan tersebut cukup kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Hasil bijih timah di kawasan Kinta termasuk Gunung Mesah suatu masa dulu cukup lumayan dan oleh yang yang demikian, ia telah menarik kemasukan orang-orang cina untuk bekerja dan menjadi penduduk di kawasan tersebut.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Pekan Gopeng

Aktiviti perlombongan bijih timah berjalan cukup aktif di sana sehinggalah diwujudkan satu kawasan penempatan baru yang mana hari ini dikenali dengan nama pekan Gopeng. Siapakah sebenarnya individu yang bernama Goh Peng ini sehinggakan kawasan tersebut dinamakan sempena namanya?

Goh Peng adalah individu yang sangat dihormati oleh penduduk setempat. Beliau di ibaratkan sebagai seorang ketua kepada pelombong-pelombong yang ada di kawasan setempat. Jika ada permasalahan yang melibatkan pekerja dan aktiviti perlombongan bijih timah, Goh Peng adalah individu yang dicari dan dirujuk untuk menyelesaikan segala permasalahan,

Hasil usaha keras dan jalan penyelesaian yang dilakukan Goh Peng akan dilakukan dengan sewajarnya untuk menyelesaikan segala masalah yang dihapai oleh penduduk setempat. Beliau juga menjadi antara salah seorang pelombong yang berjaya di sana sehinggakan namanya menjadi sebutan ramai.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Pekan Gopeng

Kesan tinggalan aktiviti perlombongan bijih timah di pekan Gopeng masih lagi boleh dilihat disana sehingga ke hari ini melalui monumen-monumen yang didirikan. Antaranya paip air besar sepanjang 15 kilometer yang berfungsi untuk menyalurkan air bersih dari kawasan gunung ke kawasan perlombongan bijih timah.

Monumen paip besar di pekan Gopeng telah dibina pada 1908 untuk menjadi mercu tanda kegemilangan industri perlombongan timah di pekan Gopeng pada satu ketika dahulu. Namun nama pekan Gopeng punyai cerita yang lain tentang asal usul namanya.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Pekan Gopeng

Ada juga sumber cerita lisan yang menyatakan bahawa nama pekan Gopeng ini diambil sempena nama sejenis buah pulai yang kebanyakan boleh ditemui dalam keadaan gopeng. Keadaan gopeng yang dimaksudkan ini adalah telah ditebuk oleh tupai.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Pekan Gopeng

Buah Pulai (Alstonia Scholaris)

Namun tiada rekod yang ditemui dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberi makna kepada perkataan Gopeng. Mungkin ia merujuk kepada perkataan Gepeng yang membawa makna pipih (kerana dipukul), penyek, bulat pipih iaitu gepengan benda yang pipih.

Kita semua sedia maklum bahawa Pokok Pulai (Alstonia Scholaris) mudah untuk didapati di kawasan sekitar sehinggakan ada kawasan yang dinamakan sebagai Simpang Pulai. Buah Pulai banyak digunakan untuk tujuan perubatan.

Sumber dan rujukan :

  • Sinar Harian Online Perak
  • Cerita Lisan Ahmad Tarmizi
  • Kamus Dewan Edisi Keempat
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here