25 C
Ipoh
Tuesday, 18 February 2025

Tender Nombor Plat AKU Dibuka JPJ Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Artikel khas kepada anda semua pembaca setia orangperak.com yang berminat untuk dapatkan nombor plat menarik dengan pangkal huruf di hadapan “AKU”. Untuk makluman anda, kini anda boleh mula membida nombor plat kenderaan dengan huruf pangkal siri “AKU” yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak bermula pada 3 Julai 2017 sehingga 18 Julai 2017.

Tuan Mohd Zawawi Zakaria selaku pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak ada menyatakan bahawa nombor siri yang ditawarkan kepada orang ramai untuk pangkal huruf “AKU” telah dibuka bermula dari nombor 1 sehingga 9999. Terpulang kepada orang ramai untuk memilih nombor pilihan masing-masing yang diminati untuk pangkal huruf “AKU” dengan kos pendaftaran sebanyak RM10 sahaja.

Tender Nombor Plat AKU Dibuka JPJ Perak

Seperti mana yang sebelum ini, nombor siri untuk nombor pendaftaran kenderaan kebiasaannya akan dibahagikan kepada tiga kategori utama dan nilainya adalah berbeza mengikut kategori tersebut.

  • Nilai paling tinggi : 1 hingga 10
  • Nombor menarik : 2222, 4444, 11, 12 dan sebagainya
  • Nombor popular : 9090, 7070, 2266, 4400 dan sebagainya

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, harga minima untuk kategori nombor yang punyai nilai yang paling tinggi adalah berharga minima sebanyak RM10,000. Harga minima untuk kategori nombor menarik pula adalah serendah RM2,000 dan harga minima untuk kategori nombor popular pula adalah serendah RM300.

Tender Nombor Plat AKU Dibuka JPJ Perak

Untuk mendapatkan nombor kegemaran anda, anda perlu membayar wang pendaftaran bernilai RM10 bersama-sama dengan wang pendahuluan sebanyak 50% daripada harga tempahan. Sekiranya pemohon gagal mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan akan ditolak.

Tender Nombor Plat AKU Dibuka JPJ Perak

Apa yang menariknya pada kali ini adalah nombor yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori telah menjadi perhatian dan pilihan orang ramai serta vip-vip di seluruh Malaysia seperti AKU 8055 (AKU BOSS), AKU 1305 (AKU BOS) dan AKU 805 (AKU BOS). Nombor pendaftaran tersebut adalah merujuk kepada “AKU BOSS” yang dijangka akan menjadi pilihan ramai dan semestinya ramai yang akan membidanya.

Tender Nombor Plat AKU Dibuka JPJ Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nilai bidaan paling tinggi yang pernah direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Perak ialah bagi nombor plat kenderaan AKK 1 dengan nilai bidaan sebanyak RM288,000 pada tahun 2016.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here