Pembukaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Perak

Setelah tiga tahun melalui proses pembinaan dan tercetus kontroversi amarah pelanggan di official facebook mereka yang mana telah lama membuat bayaran tiket sejak 2 tahun lalu tetapi tidak mendapat respon yang sepatutnya. Lantas telah menjadi tanda tanya pada waktu itu yang mana adakah pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia di Ipoh tergendala? Akhirnya, kini semuanya terjawab apabila Movie Animation Park Studios (MAPS) di Bandar Meru Raya telah buat pengumuman bahawa mereka akan mula beroperasi kepada umum pada 26 Jun 2017 tahun ini.

Pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) di Bandar Meru Raya dibuat secara rasmi serentak dengan sambutan Hari Raya Kedua Aidilfitri yang akan diraikan oleh umat Islam di negara kita selepas Ramadhan. Pemilihan tarikh ini dijangka bakal menarik kunjungan orang ramai khususnya yang sudah lama menantikan pembukaan rasmi taman tema animasi pertama di Asia tambahan lagi mereka yang telah lama membeli tiket.

Movie Animation Park Studios (MAPS) telah berkali-kali menunda pembukaanya kerana melakukan beberapa perubahan seperti lokasi Smurfs agar mengikut struktur terkini seperti di pawagam. Masih ada juga lima lagi tarikan baru yang masih dalam pembinaan untuk menjadikan taman tema ini lebih menarik dan selamat untuk orang ramai yang berkunjung. Untuk makluman anda, taman ini juga mempunyai menara drop yang paling tinggi di Malaysia.

Taman Tema Animasi Pertama Asia

Harga Tiket Untuk Pelancong Asing:

  • Umur 13 hingga 59 tahun = RM152.00
  • Umur 3 hingga 12 tahun = RM120.00
  • Umur 60 tahun keatas = RM120.00
  • Umur bawah 3 tahun = Percuma

Harga Tiket Untuk Rakyat Malaysia:

  • Umur 13 hingga 59 tahun = RM144.00
  • Umur 3 hingga 12 tahun = RM114.00
  • Umur 60 tahun keatas = RM114.00
  • Umur bawah 3 tahun = Percuma

p/s: Semak harga tiket terkini di https://ticketing.mapsperak.com

Dikatakan, akan ada pertunjukan lagak ngeri kereta dan banyak lagi yang direka untuk tontonan seisi keluarga dan semua peringkat umur. Terdapat juga pelbagai jenis makanan dan minuman yang bertemakan filem animasi popular dan kedai-kedai di seluruh kawasan seluas 52 ekar itu. Movie Animation Park Studio (MAPS) menampilkan lebih 40 Rides termasuk zon DreamWorks Animation yang menempatkan watak-watak animasi popular seperti Mr Peabody dan Sherman, The Croods, Megamind dan Casper the Friendly ghost. Selain daripada watak-watak animasi dari DreamWorks, animasi kegemaran tempatan, BoBoiBoy oleh MONSTA.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here