Kisah Serban Singh Penyelamat Nyawa Di Sungai Kerian

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pada 22 Januari 1965, satu peristiwa yang menarik untuk didendangkan pada hari ini di orangperak.com dan harus di ingati sepanjang zaman adalah ketika seorang polis lelaki berpangkat Konstabel yang telah berjaya menyelamatkan seorang budak lelaki dari lemas di Sungai Kerian, Parit Buntar.

    Banyak manfaat dan inktibar yang boleh diambil dari penceritaan ini kerana ianya adalah berkaitan dengan budaya dan kemasyarakatan yang pelbagai bangsa membentuk perpaduan mantap di negara kita.

    Konstable Polis berkenaan adalah bernama Sohan Singh dan berumur 21 tahun pada waktu itu. Hendak dijadikan crita ketika beliau sedang berjalan-jalan di tebing Sungai Kerian pada hari itu, secara tiba-tiba beliau terdengar suara orang menjerit-jerit meminta pertolongan. Apabila dilihatnya, ternampak seorang budak lelaki yang sedang terkapai-kapai di tepi Sungai Kerian meminta pertolongan kerana hampir lemas.

    Kisah Serban Singh Penyelamat Nyawa Di Sungai Kerian

    Konstabel Sohan Singh lantas membuka serban yang dililit dikepalanya dan terus mencampakkan ke arah budak lelaki yang sedang lemas itu. Siapa sangka serban yang sepanjang lebih kurang 6 meter itu boleh menjadi satu alat yang penting dan berguna untuk detik-detik cemas dalam menyelamatkan nyawa seseorang. Tanpa melengahkan masa, Konstabel Sohan Singh terus menjerit agar budak tersebut memegang hujung serbannya dengan kuat.

    Tanpa membuang masa, Konstabel Sohan Singh pun mula menarik budak yang lemas itu dengan pantas dan cermat ke tebing menuju kearahnya. Akhirnya budak yang hampir lemas itu tadi berjaya diselamatkan dan barulah mereka berdua boleh menarik nafas lega. Berkemungkinan, inilah peristiwa pertama yang berjaya direkodkan berkenaan dengan menyelamatkan nyawa seorang manusia dengan menggunakan serban.

    Kisah Serban Singh Penyelamat Nyawa Di Sungai Kerian

    Apa yang menghairankan budak yang hampir lemas itu tadi yang bernama Abdul Malek Bin Awang adalah dikatakan beliau sedang memancing di tebing sungai dan mata kailnya ditarik oleh ikan yang agak besar lantas diheretnya sekali ke dalam sungai dengan beberapa tarikan sahaja. Walau apa pun puncanya yang sebenarnya, Abdul Malek bersyukur kerana mendapat peluang kedua untuk terus hidup di muka bumi ini.

    Konstabel Sohan Singh telah menerima surat penghargaan daripada OCPD pada tahun 1965 kerana kerana telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki yang sedang lemas di Sungai Kerian, Parit Buntar pada 23 Januari 1965.

    Tindakannya itu wajar diberi penghargaan kerana bertindak pantas dan kreatif lantas berjaya menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki berbangsa melayu. Konstabel Sohan Singh telah pun bersara sebagai seorang pegawai yang berpangkat ASP dan dikatakan beliau menetap di Taiping selepas bersara.

    “Serban kami bukan sahaja merupakan sehelai kain yang melambangkan kehormatan kami, ianya juga berupaya untuk menyelamatkan nyawa”, Gurmeet Singh.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.