Pesta Durian Dan Festival Makanan Jalanan di Bulatan Aman Jaya, Meru Ipoh

Semua pembaca setia orangperak.com dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Pesta Durian Dan Buah-buahan Malaysia Thailand Dan Best Street Food Festival, pada 8 September hingga 11 September 2017 di Bulatan Aman Jaya, Meru, Ipoh yang diadakan bersempena dengan Perak Festival Of Ideas.

Read more

Tarikan Baru Ipoh, Downtown Meru Raya Kini Dibuka

Buat mereka yang masih belum lagi tahu, kami dari warga orangperak.com ada satu pengumuman yang menarik untuk anda pembaca setia. Untuk makluman anda, Downtown Meru Raya kini telah dibuka sejak 17 Mac 2017 yang lalu. Ia adalah satu tarikan baru yang mampu memberi impak positif pada sektor pelancongan negeri yang terletak di sebelah bulatan Meru Raya (berdekatan Taman Rekreasi Dalam Bulatan Paling Besar Di Perak). Jika anda berkesempatan, datanglah ke Downtown Meru Raya dan lihat sendiri kemeriahannya.

Read more

Taman Rekreasi Dalam Bulatan Paling Besar Di Perak

Taman Rekreasi Bulatan Meru Raya dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan lokasinya agak terlin­dung daripada laluan utama bandar raya. Oleh kerana itulah ia menjadi tumpuan orang ramai untuk membawa keluarga untuk mendapatkan ketenangan dan bersantai selepas seharian penat bekerja. Ianya baru dibuka pada 25 November 2016 yang lalu dan sehingga ke hari ini ramai yang datang beriadah dan bermain pada waktu siang dan malam.

Read more