Kenali Mr Os, Anak Kelahiran Kuala Kangsar

Seorang yang berbakat dalam bidang seni yang cenderung ke arah menjadi seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara yang cukup terkenal di Malaysia sewaktu zaman kegemilangannya. Beliau adalah tidak lain tidak bukan insan yang bernama Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid.

Arwah Mohd Yusof bin Abdul Hamid yang lebih dikenali dengan nama Mr Os ini dilahirkan di Kuala Kangsar pada 15 Februari 1961. Zaman kegemilangan beliau sewaktu menjadi pelakon popular pada satu ketika dahulu adalah dalam lingkungan tahun 1980-an hingga 1990-an.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, sebenarnya Mr Os mulakan kerjaya sebagai seorang pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem yang bertajuk Balik Kampung. Dalam filem ini, ia menampilkan Mr Os, Ebby Saiful, Halim Sabir, Imuda, Noreen Noor, Liza Abdullah, Dato Shah Rezza dan ramai lagi.

Kenali Mr Os, Anak Kelahiran Kuala Kangsar

Setahun kemudian iaitu pada tahun 1987, A. R. Badul selaku pengarah filem memberi kepercayaan Mr Os untuk memegang watak utama dalam filem barunya yang bertajuk Mr Os. Jika anda masih ingat, filem Mr Os mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang dapat harta peninggalan datuknya sebanyak RM1,000,000.

Kenali Mr Os, Anak Kelahiran Kuala Kangsar

Os mesti menghabiskan wang itu dalam tempoh 21 hari tanpa membeli harta atau rumah dan sekiranya dia gagal berbuat demikian harta warisan itu akan diserahkan kepada sebuah syarikat milik En Bakar dan Mr Tan iaitu rakan seperniagaan datuknya dahulu.

Kenali Mr Os, Anak Kelahiran Kuala Kangsar

Apa yang menariknya, Mr Os juga pernah berlakon dalam filem genre seram. Tajuk filem tersebut adalah Bisikan Arwah yang mana ia adalah filem Indonesia pada tahun 1988. Difahamkan bahawa Bisikan Arwah adalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram.

Kenali Mr Os, Anak Kelahiran Kuala Kangsar

Pada tahun 1990, arwah Mr Os pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke 9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik. Arwah juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).

Mr Os – Durian

Selepas berlakon dalam filem Ghazal Untuk Rabiah pada tahun 1997, Mr Os menyepi dari bidang seni dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi. Pada tahun 2009 pula, Mr Os kembali ke kaca television dengan menjadi pengacara untuk rancangan “Apa Ke Halnya?” di TV9.

Jika anda ke Kuala Kangsar dan ingin bermalam di sana, jangan lupa untuk singgah ke Kampung Kota Lama Kanan dan cari perniagaan chalet keluarganya yang bernama Chalet D’ Kampung Mr Os. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.

Kenali Mr Os, Anak Kelahiran Kuala Kangsar

Pada hari Isnin bertarikh 4 April 2016, Mr Os dimasukkan ke Hospital Selayang apabila mengadu sakit akibat kanser yang dihidapinya dan pada hari Jumaat bertarikh 8 April 2016, Mr Os yang mana pada waktu itu berumur 55 tahun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 3 petang. Punca kematian arwah adalah kanser paru-paru.

Leave a Comment