Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Mungkin ramai golongan muda sekarang tidak tahu bahawa Kazar asalnya bermula dalam dunia seni sebagai artis rakaman dan beliau cukup popular sekitar tahun 1980an. Nama sebenar Kazarudin Saisi atau lebih senang dengan panggilan Kazar yang dikenali hari ini lebih popular dalam bidang lakonan.

Pengenalan Kazar Saisi

Untuk makluman anda semua, Kazaruddin Saisi dilahirkan di Behrang, Perak pada tahun 1959. Sejak zaman persekolahan lagi beliau memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi dan memiliki albumnya yang tersendiri.

Untuk mengejar impiannya itu, beliau meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang-peluang yang ada dalam dunia seni.

Pada asalnya, Kazar Saisi telah terpilih dalam satu sesi uji bakat untuk album kompilasi kempen anti dadah dalam sekitar tahun 1983. Dengan tidak mengenali dan tidak bergantung kepada sesiapa di Kuala Lumpur, bakatnya sahaja yang menjadi harapan untuk dapatkan peluang-peluang menjadi seorang seniman.

Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Bermula Karier Sebagai Penyanyi

Sudah ditakdirkan dan tentuan oleh tuhan, Kazar Saisi terpilih dan direkrut oleh Serina Hashim yang juga merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dan pelakon dalam sekitar tahun 1970an. Inilah peluang pertama yang beliau dapat untuk merakamkan sebuah lagu untuk album khas yang diterbitkan dalam bentuk kaset.

Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Seorang jurutera bunyi yang terlibat dalam rakaman album kompilasi kempen anti dadah tersebut telah membantu Kazar Saisi untuk buat demo lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk Ana Aku Merana.

Demo lagu pertama Kazar Saisi kemudian dihantar kepada seorang komposer yang terkenal dan telah mambawa naik ramai penyanyi popular pada waktu itu iaitu Datuk Ahmad Nawab.

Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sekali lagi nasib menyebelahi Kazar apabila demo lagu tersebut diterima oleh Datuk Ahmad Nawab. Kazar Saisi kemudian dipanggil oleh Datuk Ahmad Nawab untuk tandatangan kontrak dengan tanpa melalui proses uji bakat seperti artis yang lain.

Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Mula Menempah Nama Dalam Negara

Lagu ciptaan Kazar yang bertajuk Ana Aku Merana kemudian ditukarkan kepada tajuk baru iaitu Kali Pertama Kasih Ku Bersemi dan lagu tersebut telah dimuatkan ke dalam album sulung Kazar dalam tahun 1984. Sejak dari itu, nama Kazar mula dikenali di seluruh negara dan beliau amat terkenal dan disukai ramai!

Pernah dalam tahun 1985 yang mana pada waktu itu lagu beliau yang bertajuk Memburu Impian pernah menjadi muzik langsung untuk filem Gila Gila Remaja yang dilakonkan oleh Faizal Hussein.

Dengan terpilihnya lagu beliau untuk dijadikan runut bunyi filem tersebut, ia memberi impak dengan meninggalkan kenangan yang cukup manis buat diri Kazar sehingga ke hari ini.

Bermula Karier Dalam Dunia Lakonan

Untuk dalam dunia lakonan pula, Kazar mula berlakon dalam sekitar tahun 1990an yang mana pada ketika itu stesen televisyen swasta mula diperkenalkan.

Kesan atas stesen televisyen swasta mula diperkenalkan adalah menyebabkan ramai penyayi mencuba nasib dalam bidang lakonan dan Kazar juga turut tidak terkecuali.

Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Sehingga ke hari ini, Kazar meneruskan kariernya sebagai pelakon dan beliau telah membintangi puluhan drama di televisyen. Pelakon yang cukup terkenal dengan sikap merendah diri ini juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2014 dan Pelakon Komedi TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada tahun 2016.

Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Jika zaman dulu, pelakon baru akan dibayar dalam jumlah yang rendah atas alasan faktor pelakon baru dan pelakon lebih senior akan diberi bayaran yang lebih mahal.

Manakala pada hari ini segalanya sudah terbalik situasinya. Apa yang dapat kita lihat, pelakon baru hari ini diberi bayaran yang lebih tinggi dan pelakon lama diberikan bayaran yang lebih rendah.

Kazar Saisi Sebelum Masuk ke Dunia Seni

Penutup

Walaupun Kazar terpaksa dan masih menerima bayaran yang lebih kurang sama dalam situasi dua zaman yang berbeza, Kazar tetap bersyukur atas limpahan rezeki yang diterimanya dan berharap agar peminat akan sentiasa menyokong beliau dalam perjuangan karier industri seni.

Leave a Comment