Anak Kelahiran Sungai Siput Jadi Gabenor Melaka Pertama

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Yang di-Pertua Negeri Melaka adalah nama jawatan dan merupakan ketua serta pemerintah buat Negeri Melaka. Mereka yang menyandang jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Melaka sebagaimana yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Melaka.

    Mengikut Perlembagaan Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif dan membuat keputusan dengan mendengar nasihat Kabinet atau Ketua Menteri.

    Bagaimanapun, mereka yang menjawat jawatan ini juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

    Jangan anda tidak tahu bahawa persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri Melaka amat diperlukan untuk semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Jadi, disini kita dapat memahami betapa besarnya kuasa dan berapa beratnya tugas mereka yang menjawat jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka.

    Seperti kita semua sudah sedia maklum, negeri Melaka yang amat gah di serata Nusantara dahulu tidak lagi punyai perintah raja atau sultan pada hari ini. Hal ini disebabkan oleh serangan oleh pihak Portugis keatas negeri Melaka sejak tarikh 10 Ogos 1511 dan berjaya menawan negeri Melaka sepenuhnya pada 24 Ogos 1511.

    Anak Kelahiran Sungai Siput Jadi Gabenor Melaka Pertama

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kesultanan negeri Melaka telah memerintah negeri Melaka selama 110 tahun dan sehinggalah mereka ditewaskan oleh penjajah Portugis pada tahun 1511. Oleh yang demikian, selepas negara mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, maka wujudlah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka.

    Yang Di-Pertua Negeri Melaka juga adalah merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Pada setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka.

    Apa yang membezakan mereka dengan pemerintah negeri yang lain adalah Yang Di-Pertua Negeri Melaka tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

    Anak Kelahiran Sungai Siput Jadi Gabenor Melaka Pertama

    Apabila Malaysia ditubuhkan pada 1957 selepas kemerdekaan, Tun Leong Yew Koh telah dilantik sebagai Gabenor Melaka yang pertama. Kini jawatan Gabenor Melaka sudah ditukar namanya kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka sepertimana yang kita dapat lihat hari ini.

    Tun Leong Yew Koh yang telah dilantik menjadi sebagai seorang Gabenor Melaka yang pertama adalah merupakan orang cina dan individu yang pertama menjawat jawatan Gabenor Melaka.

    Terdapat beberapa negeri lain di Malaysia tidak mempunyai Sultan seperti negeri Melaka, antaranya adalah seperti negeri Pulau Pinang, Singapura, Sabah dan Sarawak.

    Anak Kelahiran Sungai Siput Jadi Gabenor Melaka Pertama

    Gabenor Melaka yang pertama iaitu Tun Leong Yew koh dilahirkan di Salak Utara yang terletak di Sungai Siput, Perak pada tarikh 22 Ogos 1888. Beliau adalah merupakan anak kepada Leong Yew Teen yang mana bapanya adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengembangkan dan memajukan kawasan Salak Utara di Sungai Siput, Perak.

    Tun Leong Yew Koh mendapat pendidikan awal di Canton, China dan pada ketika usia 13 tahun, beliau kembali semula ke Malaya dari China dan belajar di Anglo-Chinese School Ipoh serta meneruskan pengajian ke Sekolah St Xavier yang terletak di Pulau Pinang.

    Anak Kelahiran Sungai Siput Jadi Gabenor Melaka Pertama

    Pada ketika usia 20 tahun bersamaan dengan tahun 1908, Tun Leong Yew Ko menyambung pendidikan ke peringkat tertinggi di University College serta Inner Temple, London untuk belajar dalam jurusan ekonomi, sosiologi, ilmu politik dan undang-undang. Beliau lulus dengan cemerlang pada tahun 1912 dan pada tahun 1920, Tun Leong Yew Ko mula bekerja sebagai peguamcara di Persekutuan Tanah Melayu.

    Gabenor Negeri Melaka yang pertama ini iaitu Tun Leong Yew Koh meninggal pada 12 Januari 1963 pada ketika usia 75 tahun di Petaling Jaya. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Cheras pada 13 Januari 1963 dan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitu Tunku Abdul Rahman turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.