Tag: perak
Perak Agrotourism Resort (PATRO)
Perak Agrotourism Resort atau lebih dikenali dengan nama PATRO adalah salah satu pusat pelancongan menarik serta unik di Perak dan lokasinya terletak di Sungai Galah, Tanjung Tualang.
Perak Fa, Persatuan Bola Sepak Perak
Persatuan Bola Sepak Perak (Perak Football Association , Perak FA) adalah merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai Liga Malaysia dan pasukan ini juga tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.
Kitchen Garden Oleh Pesara Tentera Laut Di Rumahnya Lekir, Perak
Hamdan Ahmad Sapli mula bercucuk tanam di sekeliling rumahnya untuk mengisi masa lapang. Kitchen Garden yang dibangunkan oleh ‎Hamdan Ahmad Sapli berniat untuk menggalakkan masyarakat setempat berkebun sekitar rumah.
Ikan Lumba-Lumba Wujud Di Kuala Sepetang, Perak
Kewujudan ikan lumba-lumba di sepanjang perairan muara Sungai Sangga yang terletak di Kuala Sepetang adalah satu perkara yang bukan lagi asing buat penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan ini.
Sejarah Bagan Datuk Di Perak
Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880 dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru.
Penjan Ubi Kayu, Makanan Tradisi Perak Yang Kian Pupus
Penjan Ubi Kayu, Makanan Tradisi Perak Yang Kian Pupus. Ramai dikalangan kita dari golongan dewasa yang biasa menikmati keenakan rasa Penjan Ubi Kayu di atas pangkin hadapan rumah di waktu petang.
Wanita Dari Kampar, Perak Pemilik Firma Elektronik Terkemuka Di Amerika Syarikat
Anak kelahiran Kampar, Perak bernama Rupa Shanmugam ini adalah anak kepada seorang guru fizik. Ayahnya itulah yang banyak memberi galakan kepada beliau untuk teruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Penyu Ada Banyak Di Segari, Manjung
Dianggarkan 90% penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu yang datang ke sini dan mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.
Kenali Dato Panglima Teja Dalam Sejarah Perak
Pada zaman dahulu di Kuala Teja berdekatan Kota Baharu di Gopeng, terdapat Orang Besar-Besar bergelar Dato Panglima Teja. Ini bermakna setiap Daerah ataupun Wilayah didalam bumi Perak ini pasti juga mempunyai Orang Besar-Besarnya yang kita tidak ketahui selama ini.
Tiga Jenis Sambal Belacan Kegilaan Orang Perak
Semua orang tahu apakah itu sambal belacan. Sambal belacan adalah merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Apakah sebenarnya yang menarik minat penggemar sambal belacan yang sudah berkurun lamanya bertahan sejak dari dahulu lagi?
Perak Punyai Warisan Tengkolok Paling Cantik
Sepertimana kita semua tahu di semenanjung Tanah Melayu amat terkenal dengan tengkolok yang merupakan antara jenis pakaian lelaki tradisional yang mengandungi falsafah dan menjadi lambang kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat Melayu. Hal ini juga berlaku di Perak dan tengkolok Perak adalah antara ikatan warisan tengkolok yang paling cantik.
Puteri Perak, Wanita Melayu Paling Kaya Di Malaysia
Raja Eleena pernah dinobatkan sebagai individu yang ke 25 paling kaya di Malaysia pada tahun 2007.
Majlis Perkahwinan Kelahiran Perak Yang Bertemakan Kesultanan Melayu Melaka
Lain pula ceritanya buat anak kelahiran Perak dari Bagan Datuk kerana ada pasangan mempelai yang melengkapkan tirai labuh ke jinjang pelamin mereka dengan tema yang unik sekali pada tarikh 24 September 2016 yang lalu. Majlis persandingan perkahwinan mereka adalah bertemakan zaman kesultanan Melayu Melaka. Diakui, jarang-jarang sekali pihak kami orangperak.com mendengar aturaca majlis persandingan perkahwinan yang mengangkat adat dan budaya dengan bertemakan zaman kesultanan Melayu Melaka.
Pengasas Sahibba Dan Saidina Dari Perak
Pengasas kepada Sahibba dan Saidina ini iaitu Ting Sie Bing yang merupakan kelahiran Perak telah berjaya mempopularkan permainan yang berunsurkan pendidikan sejak beberapa generasi.
Kaitan P. Ramlee Dengan Bekas Permaisuri Perak
Ramlee Puteh atau lebih senang dengan panggilan P. Ramlee memang punyai kaitan ikatan keluarga dengan anak kelahiran negeri Perak yang mana isteri beliau yang ke dua adalah Noorizan Mohd Noor.
Klinik Pakar Kulit Paling Popular Di Perak, Klinik Nagoke
Inilah tempatnya iaitu klinik yang menjadi bualan buah mulut orang ramai apabila setiap kali hendak berikhtiar untuk merawat apa juga jenis penyakit kulit. Untuk makluman anda, klinik ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai pada setiap hari. Mereka yang datang ke klinik ini adalah kebanyakannya mereka yang mempunyai pelbagai masalah penyakit kulit dan mereka juga datang dari merata lokasi tidak kira dekat dan juga jauh untuk merawat penyakit kulit mereka.