30.5 C
Ipoh
Thursday, 19 June 2025

Perak Akan Membangunkan Industri Nadir Bumi Dengan Kerjasama Perancis

- Advertisement -
- Advertisement -

Perak Akan Membangunkan Industri Nadir Bumi Dengan Kerjasama Perancis

Perak memperhebat usaha membangunkan industri elemen mineral nadir bumi (REE) dengan menjalin kerjasama strategik bersama pemain industri antarabangsa, termasuk syarikat terkemuka dari Eropah seperti Solvay di Perancis.

Dalam lawatan kerja terkini yang diketuai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, delegasi negeri berpeluang meninjau fasiliti pemprosesan REE berteknologi tinggi milik Solvay di La Rochelle, Perancis, pada Selasa lalu. Kilang tersebut merupakan antara pusat pemprosesan REE terpenting di Eropah, dengan keupayaan mengasingkan kesemua elemen mineral nadir bumi, termasuk heavy rare earth elements (HREE).

Lawatan ini bukan sekadar eksplorasi peluang pelaburan, malah turut memberi pendedahan menyeluruh mengenai operasi canggih Solvay serta potensi kerjasama masa depan yang boleh dimanfaatkan Perak.

Perak Peneraju Rantaian Nilai REE

Saarani menegaskan bahawa sebagai negeri perintis dalam perlombongan REE di Malaysia, Perak komited untuk mengembangkan keseluruhan rantaian nilai industri tersebut.

“Kerajaan Negeri berhasrat untuk terlibat secara langsung dalam industri pertengahan ini dengan kerjasama syarikat antarabangsa bagi memajukan teknologi sedia ada,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menekankan pentingnya pemindahan pengetahuan dan teknologi daripada pelabur asing kepada tenaga kerja tempatan bagi memastikan kemampanan industri REE di Perak.

Solvay Buka Ruang Kerjasama Teknologi

Delegasi Perak yang turut dianggotai Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Zaki Mahyudin; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Datuk Anuar Zainal Abidin; serta wakil Malaco Mining Sdn. Bhd., disambut mesra oleh pengurusan tertinggi Solvay.

Mereka diberi taklimat terperinci mengenai operasi berteknologi tinggi Solvay yang mematuhi piawaian kelestarian Kesatuan Eropah. Menurut Saarani, Solvay telah menyatakan minat untuk meneroka kerjasama dengan Perak, terutamanya dalam aspek pemindahan teknologi.

“Ini adalah langkah penting dalam memacu industri mineral negeri ke tahap lebih tinggi, sekaligus memberi manfaat besar kepada rakyat Perak,” ujarnya.

Dengan hubungan strategik ini, Perak dijangka mampu mengukuhkan kedudukannya sebagai hab REE yang mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Rujukan :

  1. Utusan Malaysia
📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here