Menarik mengenai peristiwa ini ialah serangan komunis ini dipimpin oleh seorang Melayu yang bernama Mat Indera. Beliau juga merupakan pegawai komunis yang meniup buggle untuk memberi isyarat serangan dimulakan atau dihentikan dalam pertempuran tersebut. Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera merupakan anak jati negeri Johor yang terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.
Mat Arshad adalah individu yang ditugaskan sebagai juru bahasa kepada J.W.W. Birch dan beliau juga adalah kerani yang berkhidmat dengan penjajah British berpusat di Bandar Bharu.
Arwah dikatakan meninggal dunia kerana pengsan selepas pulang dari menonton television di pekan Bota Kanan. Lantas, jenazahnya dikebumikan oleh penduduk kampung. Namun apa yang berlaku selepas jenazah dikebumikan amat mengejutkan.
Kubur J.W.W Birch berserta tentera British tersebut berada di Kampung Teluk Memali yang kedudukannya tidak jauh dari Kampung Gajah. Kawasan perkuburan itu dahulunya dikenali sebagai Bandar Baru yang menjadi pusat pemerintahan negeri Perak sewaktu zaman Sultan Perak yang ke 19 iaitu Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1806 sehingga tahun 1825. Disebut pada ketika itu, Bandar Baru merupakan tempat yang sangat makmur dan mempunyai banyak kedai-kedai serta gedung-gedung.
Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.
Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.
Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.
Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.