23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Qawwam Sri Bota, Warung Pahlawan Di Bota Kiri

- Advertisement -
- Advertisement -

Warung pahlawan terletak di Teluk Kepayang, Bota Kiri. Lokasinya betul-betul terletak berhadapan dengan sekolah tahfiz yang ada di Kampung Seri Kaya, Teluk Kepayang Bota Kiri.

Apabila dilihat dari luar, ia nampak sama seperti warung biasa, dan apabila anda masuk ke dalam, barulah anda akan dapat rasai kelainannya yang unik dan lain daripada warung yang pernah anda masuk di luar sana.

Apa yang menariknya tentang warung Qawwam Sri Bota ini amatlah unik dan wajar untuk dikongsikan bersama semua tentang keunikan warung mereka. Makanan dan minuman di warung ini semuanya disediakan oleh pekerja yang memakai pakaian busana pahlawan melayu lama.

Daripada pelayan, tukang bancuh air sehinggalah ke tukang masak, tiada seorang pun yang tidak mengenakan busana melayu lama selain daripada pelanggan. Nampak mereka yang bekerja untuk Qawwam Sri Bota ini berbangga dengan memakai lengkap busana melayu lama.

Qawwam Sri Bota, Warung Pahlawan Di Bota Kiri

Kelainan ini telah menarik minat penduduk setempat untuk singgah dan datang makan ke Qawwam Sri Bota atau lebih dikenali dengan nama Warung Pahlawan. Menu yang ada di warung ini adalah menu ringkas dan biasa sama seperti warung-warung yang lain. Mereka juga ada menjual roti canai yang turut menjadi kegilaan masyarakat kita pada hari ini untuk santapan sarapan pagi.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Qawwam Sri Bota atau Gerai Pahlawan ini sudah beroperasi sejak tahun 2015 lagi dan mereka di warung tersebut mula mengenakan busana pada tahun 2016 kerana ingin mewujudkan kelainan daripada gerai-gerai lain yang ada.

Qawwam Sri Bota, Warung Pahlawan Di Bota Kiri

Namun begitu, untuk mendapatkan identiti dan kelainan gerai dengan berbusana melayu lama bukanlah tujuan utama mereka, tetapi adalah dengan memakai pakaian tradisi orang melayu lama ini sebenarnya sudah lama sebati dengan jiwa mereka.

Secara tidak langsung, mereka ingin mengangkat martabat budaya melayu lama yang amat gah pada satu ketika dahulu untuk dipandang semula pada mata masyarakat kita pada hari ini.

Qawwam Sri Bota, Warung Pahlawan Di Bota Kiri

Untuk mengukuhkan kenyataan mereka ini, sebenarnya mereka yang terlibat ini adalah terdiri daripada ahli untuk Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak) cawangan Perak yang berpusat di Pulau Misa di Kampung Teluk Kepayan, Bota Kiri.

Persatuan itu ditubuhkan untuk membantu memartabatkan budaya Melayu dan bukan sekadar dari pakaian sahaja tetapi keseluruhan hidup termasuklah adab-adab dengan sesama insan.

Qawwam Sri Bota, Warung Pahlawan Di Bota Kiri

Cara mereka mempromosikan budaya Melayu pada masyarakat wajar diangkat dan dipuji kerana anak muda kita pada hari ini semakin kurang berminat dalam hal-hal dan perkara sebegini rupa.

Sekurang-kurangnya, dengan kaedah unik sebegini akan dapat menarik minat anak muda untuk lebih cenderung dan mengetahui asas adat budaya melayu lama agar ia tidak hilang ditelan zaman.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here