Perjanjian Low, Cetus Permulaan Penjajahan Inggeris Di Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Dalam tahun 1826, Kapten James Low yang merupakan Gabenor Pulau Pinang, Melaka dan Singapura bagi pihak Gabenor dan Syarikat Hindia Timur serta Paduka Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Abdullah Mu’azzam Shah telah menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Low.

    Perjanjian ini adalah akibat dari sikap Raja Ligor yang tidak menghormati Perjanjian Burney yang ditandatangani oleh pihak Inggeris dengan Raja Siam pada tahun 1825. Setelah Kapten Burney kembali ke India, Raja Ligor tidak lagi menghormati janjinya terhadap negeri Perak iaitu. Ianya adalah dengan mengakui hak Sultan Perak untuk memerintah negeri baginda sendiri.

    raja ligor

    Oleh kerana bimbang dengan amaran dari Siam itu dan mengingatkan betapa Inggeris telah mengecewakan harapan Sultan Kedah dengan tidak membantu baginda dari serangan Siam dalam tahun 1821, baginda Sultan Perak mahukan satu perjanjian persahabatan yang dapat menjamin keselamatan negeri baginda dari serangan Siam.

    Sultan Abdullah

    Sultan Abdullah

    Permintaan baginda Sultan Perak dipersetujui lalu pada 18 Oktober 1826, Perjanjian Low pun dimanterai dan ditandatangani. Hasil dalam perjanjian ini, Sultan Perak dibolehkan untuk berhenti menghantar ufti yang mana tidak perlu lagi menghantar ufti Bunga Emas kepada Raja Siam, tetapi perlu mematuhi segala syarat dan arahan yang dibuat oleh pihak Inggeris dan secara tidak lasung, Perak akan mendapat perlindungan dari Syarikat Hindia Timur.

    ufti bunga emas

    ufti bunga emas

    Perjanjian pada 18 Oktober 1826 telah banyak mengubah dasar Inggeris yang mana pada mulanya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal pemerintahan negeri Perak oleh Sultan Perak. Oleh itu, bermulalah dari tarikh itulah sejarah penjajahan Inggeris boleh dikatakan bermula di Perak. Perjanjian Low ini telah memeranjatkan pihak atasan di India kerana apa yang dimanterai dalam menjanjikan perlindungan Inggeris ke atas negeri Perak itu, Kapten James Low telah melampaui batas kuasa dan arahan yang diberikan kepadanya.

    Gabenor Fullerton

    Gabenor Fullerton

    Kapten James Low dikatakan telah melanggarkan dasar tidak campur tangan Syarikat Hindia Timur. Bagaimanapun, perjanjian itu mendapat restu dan kelulusan Gabenor Fullerton kerana mungkin ada sudut positif yang diambil kira dan boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda untuk jangka masa panjang dalam sektor ekonomi yang mana semua orang tahu akan hal bijih timah yang banyak dilombong di sekitar kawasan Perak.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.