● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Fakta

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

08 Jan 2019 · 2 min baca · 242 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Pada waktu zaman pemerintahan Sultan Perak yang ke 15 iaitu Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain bermula sejak tahun 1752 sehingga tahun 1765 seringkali disebut sebagai zaman kegemilangan negeri Perak Darul Ridzuan.

Baginda Sultan Perak yang ke 15 ini adalah merupakan sultan yang terkenal dalam lirik lagu Cempaka Sari yang bersempena dengan nama pusat pentadbiran negeri Perak. Berbalik pada topik asal berkenaan Pulau Cempaka Sari di Pekan Parit. Pulau Cempaka Sari terletak di dalam daerah Perak Tengah berhampiran dengan Pekan Parit dan Tanjung Belanja malah merupakan taman yang agak cantik. Pulau ini diselenggara dengan baik oleh Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Apabila berbicara tentang Pulau Cempaka Sari yang terletak bersebelahan dengan pekan Parit ini, ramai yang salah faham apabila dikatakan bahawa lokasi tersebut pernah menjadi tempat persemayam Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain Sultan Perak ke 15 sebelum berpindah ke

Pulau Indera Sakti

pada tahun 1754.

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, yang sebenarnya Pulau Cempaka Sari yang dimaksudkan adalah nama lama buat pulau tersebut yang telah ditukarkan kepada nama baru iaitu

Pulau Indera Sakti

oleh titah Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak ke 15.

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Anda boleh cuba hayati lirik lagu Cempaka Sari ciptaan

Almarhum Sultan Idris II

yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr S.M Salim. Lagu ini mengisahkan tentang Sultan Perak yang ke 15 iaitu Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain dan ada serba sedikit penceritaan tentang Pulau Cempaka Sari. Lokasi Pulau Cempaka Sari atau nama barunya

Pulau Indera Sakti

berada di tengah Kuala Sungai Kinta yang bercantum dengan Sungai Perak. Kedudukan pulau ini berada di tengah-tengah antara Teluk Intan dengan Kampung Gajah. Dan sejak itulah

Balai Gambang

pertama kali diperkenalkan untuk memudahkan pergerakan Sultan.

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut berkenaan sejarah

Pulau Indera Sakti

dikatakan sebagai pusat pemerintahan Sultan Perak ke 15 dan pada waktu itulah zaman kegemilangan negeri Perak Darul Ridzuan, anda boleh rujuk artikel bertajuk

Pulau Indera Sakti Saksi Zaman Kegemilangan Kesultanan Perak

.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.