Home Blog Page 34

Yee Woo Tai Ngok, Rumah Agam Misteri Di Teluk Intan

Bagi mereka yang selalu berkunjung ke Teluk Intan, pasti anda tertanya-tanya berkenaan rumah agam besar yang terletak berhampiran Maybank Teluk Intan.

Dilarang Jejak Kaki Ke Sungkai Selama Tujuh Keturunan

Tidak lengkap daerah Batang Padang tanpa kawasan bernama Sungkai yang melengkapi daerah tersebut sebagai antara salah sebuah daerah paling selatan di negeri Perak.

Kisah Penjaga Gajah Sultan Idris II

Segalanya bermula di kawasan pedalaman hutan Gerik apabila hendak dijadikan cerita dan dengan takdir tuhan, seekor gajah telah terjatuh ke dalam sebuah lopak yang berselut dengan kedalaman yang agak dalam. Hal itu telah menyebabkan gajah yang terjatuh ke dalam lopak tersebut tidak dapat melepaskan diri dan tersangkut disitu menagih simpati serta memerlukan bantuan untuk menyelamatkan diri.

Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak

Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid adalah seorang ulamak tersohor di Perak. Beliau adalah berketurunan dari Syed Hussien Al-Faridz yang merupakan guru dan penasihat agama Islam utama buat Sultan Muzaffar Shah 1 iaitu Sultan Perak yang pertama yang juga merangkap sebagai putera buat Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang terakhir pada tahun 1511.

Cerita Dan Asal Usul Nama Teluk Bakong Di Bota, Perak

Kampung Telok Bakong adalah merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam mukim Lambor Kanan. Penceritaan kali ini tidak berekod dalam mana-mana penulisan bertulis tentang bagaimana Kampung Telok Bakong ini memperoleh namanya dan kisah ini banyak didapati dengan cerita lisan sahaja.

Anak Perak Jadi Pensyarah Melayu Pertama Di Universiti Oxford

0

Kejayaan Dato’ Dr Afifi al-Akiti atau lebih dikenali dengan nama Sheikh Afifi tidak diketahui ramai berkenaan kisahnya. Beliau adalah pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford di United Kingdom dan juga merupakan felo pensyarah di Kolej Worcester, Oxford.

Maksud Darul Ridzuan Untuk Negeri Perak

Diketahui umum berkenaan dengan setiap negeri di Malaysia punyai gelaran darul yang tersendiri dan ia bukan sahaja membawa pembentukan identiti sesebuah negeri, malah membawa maksud-maksud yang tertentu.

Asal Usul Dan Sejarah Nama Ipoh

Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sejenis pokok yang mengeluarkan getah beracun, dikenali sebagai upa. Getah beracun ini mempunyai pelbagai kegunaan, termasuk digunakan oleh masyarakat Orang Asli untuk memburu binatang.

Getah beracun atau upa digunakan dengan menyalutkannya pada mata sumpit, baik untuk memburu binatang mahupun mempertahankan diri dan keluarga. Racun ini bertindak pantas, menyebabkan mangsa yang terkena sumpitan mati serta-merta. Bagi mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging mangsa yang terkena racun akan dipotong dan dibuang sebelum dimakan.

Ejaan asal bagi pokok Ipoh sebenarnya ialah Ipuh. Namun, mungkin disebabkan sebutannya yang mirip kepada Ipoh, ejaannya telah berubah mengikut peredaran masa sehingga ramai yang terlupa akan kewujudan pokok ini. Pokok Ipoh merupakan sejenis tumbuhan yang boleh ditemui di hutan Malaysia serta beberapa negara lain di rantau ASEAN.

pokok ipoh



Nama saintifik pokok Ipoh ialah Antiaris toxicaria Lesch. Dahulu, pokok ini pernah teguh berdiri di kawasan Ipoh Railway sebelum akhirnya tumbang dan ditanam semula. Jika anda melihat daun atau getah pokok ini, jangan sesekali cuba mendekatinya. Pastikan juga anak-anak anda diawasi ketika berada berhampiran pokok ini. Tahukah anda bahawa pokok Ipoh merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di Malaysia?

Ipoh, yang telah dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya, merupakan antara bandar terbesar di Malaysia. Ia memiliki sejarah dan identiti yang unik. Bandar raya ini, yang berkembang melalui pelbagai liku sejarah, telah melahirkan keistimewaan tersendiri yang membezakannya daripada bandar-bandar lain di Negeri Perak. Hingga kini, Ipoh dikenali sebagai ‘Bandar Bunga Kertas’ (Bougainvillea), selain terkenal dengan Limau Tambun dan gua-gua batu kapurnya.

Bandar ini bermula sebagai sebuah perkampungan Melayu yang wujud kira-kira 100 tahun lalu di tebing Sungai Kinta. Lokasinya strategik, diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan Gunung Keledang di sebelah barat. Selain itu, bandar ini dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur yang menjadikannya unik dan berbeza daripada bandar-bandar lain di Malaysia.

tren ipoh

Ciri-ciri rekaan dan seni bina di Ipoh yang dibangunkan pada zaman penjajahan masih kekal hingga kini sebagai mercu tanda ikonik. Antaranya ialah Bangunan Stesen Keretapi, Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaran, serta deretan bangunan rumah kedai yang mencerminkan warisan sejarah dan keunikan bandar ini.

Selain bangunan-bangunan lama, Ipoh juga menyaksikan pembinaan bangunan moden, terutamanya di kawasan seperti Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Gopeng. Gabungan bangunan lama dan baru ini menghasilkan panorama yang menarik, mencerminkan perpaduan antara warisan sejarah dan pembangunan moden di bandar raya ini.

Asal Usul Sejarah Nama Taiping

Bandar Taiping adalah merupakan sebuah bandar yang cukup kaya dengan warisan sejarahnya. Pernahkah anda terfikir tentang bagaimana asal usul sejarah nama Taiping?

Sejarah Perkhidmatan Kapal Terbang Labu Kubong Chenderong Balai ke Ipoh

1

Dahulu, kerajaan Inggeris telah memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan udara terutama buat kampung-kampung yang terpencil. Ini kerana perkhidmatan udara merupakan akses paling mudah dan cepat berbanding kenderaan darat.