Kursus Kahwin Untuk Poligami Di Perak Perlu Wujud?

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk) diminta untuk mewujudkan modul kursus pra perkahwinan khusus untuk pasangan yang ingin berpoligami di negeri Perak untuk memastikan objektif perkahwinan itu tidak tersasar dari yang sepatutnya berlandaskan syariat Islam.

    Dipetik dari Sinar Harian yang bertulis, Adun Titi Serong iaitu Abu Bakar Hussain berkata, saranan penyediaan kursus pra perkahwinan untuk mereka yang ingin berpoligami amat penting bagi memastikan rumahtangga dibina menepati kehendak agama dan bukan berlandaskan nafsu.

    Meskipun perkahwinan secara poligami dianggap sensitif, Abu Bakar menegaskan ianya diharuskan dalam syarak, lebih-lebih lagi poligami mampu membendung masalah perzinaan dan gejala sosial yang semakin menular ketika ini. “Isu poligami merupakan isu manusia yang tidak dapat dielakkan, mungkin ada segelintir pihak tidak mahu poligami, namun ada yang berkehendak. Jadi daripada berpoligami tanpa bimbingan, ada baiknya Jaipk sediakan satu modul khas kursus pra perkahwinan poligami kepada mereka berkehendak sama ada secara percuma atau berbayar. Sekurang-kurangnya golongan ini diberi pendedahan mengenai objektif sebenar berpoligami, sekaligus mengelakkan perkahwinan itu dilaksanakan sekadar memenuhi tuntutan nafsu”, katanya kepada media di sini semalam.

    Tambah Abu Bakar lagi sebagai langkah persediaan awal, pihaknya mencadangkan agar pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk) akan menganjurkan kursus berpoligami kepada semua lapisan masyarakat, tanpa perlu mengkhususkan kepada mereka yang ingin berkahwin semata-mata di negeri Perak ini.

    Menurutnya, ilmu persediaan perkahwinan berpoligami mesti disebarkan kepada semua orang secara terbuka bagi membuka minda masyarakat setempat terhadap kepentingan poligami dan di samping itu mungkin dapat menangkis persepsi negatif terhadap poligami.

    Kursus Kahwin Untuk Poligami Di Perak Perlu Wujud

    “Saya kira pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk) mampu menyediakan satu modul khas yang difikirkan bersesuaian dengan keperluan berpoligami berlandaskan syarak untuk didedahkan kepada umum. Bagi peringkat seterusnya, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk) boleh mewajibkan pula mana-mana pasangan ingin berpoligami supaya mengikuti kursus pra perkahwinan poligami berlandaskan modul dibina”, katanya.

    Sementara itu dalam perkembangan lain, Abu Bakar turut meminta mana-mana pasangan muda yang bakal mendirikan rumah tangga supaya mengelakkan perkahwinan dibina ala selebriti. Menurutnya, perkahwinan ala selebriti ini bermaksud perkahwinan dilangsungkan dengan gah dan penuh bergaya, namun tidak kekal lama kerana kegagalan pasangan terbabit menjalani rumah tangga berlandaskan syariat Islam.

    Kursus Kahwin Untuk Poligami Di Perak Perlu Wujud

    “Saya bukan hendak berkata semua selebriti macam itu, namun jika dilihat ketika trend perkahwinan melibatkan selebriti kebanyakannya berakhir penceraian. Justeru, saya ingin mengingatkan semua pasangan muda supaya menjalani kehidupan rumah tangga mengikut syariat Islam bagi mendapatkan keberkatan dalam perkahwinan mereka”, katanya.

    Apa pandangan anda semua berkenaan hal ini? Wajarkah kursus kahwin untuk poligami di Perak diwujudkan? Kaum hawa yang komen disini, ayuh bincangkan dengan ilmiah tanpa emosi. Sesungguhnya wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.