Kampar River Festival 2019 Pertama Terbesar di Malaysia

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kampar River Festival akan diadakan dalam bulan 5 Julai 2019 hingga 7 Julai 2019 dan ia amat sesuai untuk berikan gambaran secara keseluruhan tentang Sungai Kampar yang amat sesuai dengan sukan air lasak.

    Kawasan Kampar adalah merupakan lokasi strategik yang mana hanya mengambil masa 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta 1 jam perjalanan dari Cameron Highland.

    Lokasi ini amat tepat dipilih sebagai lokasi festival kerana ia mudah diakses dan terletak berhampiran dengan stesen kereta api dan berdekatan dengan laluan keluar lebuhraya Tapah atau Gopeng jika hendak ke Kampar.

    Berdekatan dengan kawasan Kampar, kawasan Gopeng juga amat sesuai untuk dijadikan satu lokasi pelancongan buat anda sebagai selingan apabila anda sampai ke Kampar.

    Berbalik kepada cerita Kampar River Festival, pihak kerajaan negeri Perak bersama-sama dengan pihak Radak Adventure telah menganjurkan satu Festival WhiteWater.

    Kampar River Festival

    Kampar River Festival 2019 Pertama Terbesar di Malaysia

    Kampar River Festival ini dikatakan adalah festival pelancongan yang paling besar dan pertama di Malaysia yang mana ia akan di adakan di Sungai Kampar pada tarikh 5 Julai 2019 hingga 7 Julai 2019.

    Festival ini akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut seperti tarikh yang tertera dan ia akan melibatkan penglibatan orang ramai dari seluruh dunia untuk meraikan dan merasai keseronokan sungai Kampar.

    Mohd Hasrol Kamis @ Mahmad selaku Pengarah Acara untuk Kampar River Festival ini menyatakan bahawa penyertaan Kampar River Festival ini tertumpu untuk kesedaran masyarakat dalam penjagaan sungai.

    “Pada penyertaan kali ini, pihak kami cuba untuk menggabungkan keunikan Daerah Kampar tetapi berada di kawasan Gopeng. Sepanjang tiga hari program berlangsung, juga akan diadakan aktiviti membudayakan warisan negara yang mana kawasan tersebut merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai warisan negara”, Mohd Hasrol Kamis @ Mahmad.

    Howard Lee Chuan How selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri Perak turut menyatakan bahawa perbincangan di peringkat tertinggi telah dibuat ekoran daripada kehilangan Muhammad Ashraf Hassan di kawasan tersebut.

    “Kita telah membincangkan bahawa para pegawai akan ditempatkan di sepanjang jajaran sungai perlumbaan.

    Bukan sahaja dari segi keselamatan malahan akan diwujudkan sistem keselamatan serta sistem buddy dimana setaip atlet dan pegawai diwajibkan untuk mempunyai dua orang buddy sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dimana melibatkan APM, Rela, PDRM, masyarakat serta aktivis.

    Setiap jajaran juga akan diletakan kamera bagi merakamkan setiap tindakan supaya tidak akan ada sebarang kes kehilangan dan jika ada yang tercerdera, rawatan akan diberikan secepat mungkin dengan bantuan agensi berkaitan”, Howard Lee Chuan How.

    Tambah Howard Lee Chuan How lagi, hala tuju besar kerajaan negeri Perak adalah untuk memartabatkan agenda pembangunan ekonomi sukan yang mana akan ditonjolkan melalui Kampar River Festival ini.

    Dipercayai Kampar River Festival dapat membangunkan sukan sekaligus boleh membangunkan ekonomi dan secara tidak langsung ia dapat memberi kesedaran tentang penjagaan alam semula jadi.

    Dalam pada itu, program Konservasi Sungai juga turut diadakan dengan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada masyarakat supaya kes seperti pencemaran di Pasir Gudang tidak akan lagi berulang.

    Kampar River Festival dikatakan bakal meletakkan kawasan Kampar sebagai kawasan acara sukan air utama yang mana kini sudah menjadi salah satu usaha dari pengusaha-pengusaha pelancongan tempatan di kawasan Gopeng.

    Antara aktiviti yang bakal dijalankan dalam Kampar River Festival kali ini adalah seperti perhimpunan rafters, pemuliharaan sungai, perlumbaan tubing, warisan dan budaya serta persidangan geopark.

    Dalam Kampar River Festival kali ini, kerajaan negeri Perak meganggarkan penglibatan para pengunjung sekurang-kurangnya 2,000 orang termasuk para pegawai, atlet, pengungjung serta para petugas.

    Kampar di negeri Perak adalah antara lokasi bersejarah yang mana di situlah berlakunya pertempuran Perang Dunia kedua. Green Ridge, pertempuran Kampar telah diwartakan sebagai tapak warisan. Rujuk artikel Kubu Perang Dunia Ke 2 Di Kampar untuk maklumat lebih lanjut.

    Tinggalan sejarah yang ada di Kampar sewaktu perang dunia ke dua telah dipulihara dan dibangunkan sebagai kawasan pelancongan. Alang-alang nanti anda sudah ke Kampar, bolehlah ke kawasan ini.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.