Sedih! Itulah ungkapan seorang pengadu berumur kepada orangperak.com yang memberi seribu makna dengan lampiran gambar-gambar sampah sarap yang tidak dikutip di jalan utama kampung Lintang yang terletak di Sungai Siput Utara itu dimana tempat si pengadu tinggal. Bukan kerana tiada tong sampah tidak disediakan oleh pihak yang sepatutnya, ianya diakui ada dan bersaiz besar! Namun, tiada ada mana-mana pihak yang dipertanggung-jawabkan untuk mengutip sampah sarap di tong sampah tersebut setelah sekian lama.
Oleh kerana kami masih tiada krew sokongan di kawasan Sungai Siput, jadi pihak kami tidak dapat memantau keadaan sebenar di kawasan tersebut. Namun, dari gambar yang diberi oleh pengadu nampaknya sudah cukup wajar untuk kami kongsikan masalah penduduk disana untuk mendapatkan prihatinan pihak yang bertanggung-jawab dan orang awam. Menurut pengadu, sudah lama sampah sarap ini dibiarkan disana sehingga ke hari ini seperti mana keadaan sekarang anda dapat lihat di dalam gambar yang kami lampirkan.
Disebabkan hal yang sedemikian, semakin bertimbunlah sampah sarap yang tidak pernah dikutip dan dibiarkan itu. Aduan berbentuk lisan telah berkali-kali diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ( MPKK ) namun masih tiada tindakan sehingga kini. Apakah alasan pihak bertanggung-jawab atas hal ini? Kita ambil kira positif, mungkin kerana pihak berwajib terlepas pandang akan isu ini dan sekarang ini, kita mahu pihak yang sepatutnya bertanggung-jawab atas hal ini segera memperbetulkan keadaan sebelum keadaan bertambah buruk.
Diakui penduduk setempat juga bertanggung-jawab dan sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam hal ini untuk bergotong-royong dan sebagainya. Tetapi apa guna cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat untuk tujuan yang dikembalikan manfaat semula kepada rakyat. Ada juga penduduk kampung mengambil jalan mudah dengan melupuskan sampah mereka di sungai berdekatan di sungai Pelus. Hal ini amat serius kerana apabila sampah dibuang ke dalam sungai, inilah yang menyumbang kepada banjir.
Antara kesan-kesan buruk yang dapat kami lihat dan percaya akan berlaku pada satu hari nanti di kawasan tersebut adalah, sungai akan tercemar sepenuhnya dengan bau busuk, pandangan yang tidak cantik, mendatangkan ular-ular atau buaya yang makan sisa-sisa sampah. Dikatakan, kawasan sampah sarap yang terbiar itu terletak berdekatan dengan kawasan sekolah. Adakah ini sesuai dan relevan dengan pendekatan yang kita harus tunjukkan pada anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan dengan budaya sampah sarap dibiarkan terbiar di sana? Sudah tentu ia amat tidak sesuai sekali, ia bukan contoh teladan yang baik untuk ditunjukkan kepada anak-anak yang bersekolah disana.
Akhir kata, pengadu berharap agar pihak yang sepatutnya dapat mengambil tindakan segera sebelum keadaan yang buruk ini bertambah lebih buruk. Sejak kebelakangan ini, banjir juga kerap berlaku di kawasan ini dan sudah pasti di masa akan datang akan teruk lagi jika keadaan ini berterusan. Apa yang membimbangkan, pada banjir tempoh hari ada yang terlihat ular sawa yang bersaiz agak besar namun tidak dapat dikenalpasti kesahihannya. Apa yang boleh dicegah, eloklah dicegah sebelum terlambat.
Ini adalah aduan terbuka dari seorang yang bernama Abu Sahar (bukan nama sebenar, identiti dirahsiakan atas permintaan) 52 tahun dari penduduk disana melalui whatsapp kami. Jika anda ada aduan untuk dikongsikan bersama, anda boleh terus hantarkan aduan melalui whatsapp kami di talian 014 605 0005. Usah risau kerana butiran pengadu akan dirahsiakan sepenuhnya bergantung pada permintaan pengadu. Inilah cara untuk anda lontarkan aduan yang tidak dapat sambutan, kami bantu anda untuk kongsikan pada umum.
UPDATE : Pada 1 Februari 2017, isu ini telah diselesaikan oleh Dato Zolkafly Dun Lintang secara peribadi telah mengeluarkan kos perbelanjaan dan cas sementara menunggu peruntukan tahunan dari pejabat MB. Tindakan Dato Zolkafly sebagai Dun Lintang harus dipuji kerana bertindak segera selepas mendengar aduan isu sampah ini. Terima kasih atas keprihatinan Dato. Love you so much! Rujukan Facebook Page Orang Perak.