28.9 C
Ipoh
Thursday, 27 March 2025

Program Membersihkan Masjid Al-Madinah Kampung Bandar

- Advertisement -
- Advertisement -

Program Membersihkan Masjid Al-Madinah Kampung Bandar

Satu program gotong-royong untuk membersihkan Masjid Al-Madinah, Kampung Bandor telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Februari 2025 dengan kerjasama beberapa orang waris Kampung Bandor, Guru Tahfiz serta Cikgu Rezal mewakili team Orang Perak.

Aktiviti pembersihan ini memberi tumpuan kepada ruang solat utama serta kawasan sekitarnya, termasuk Makam Ulama Negeri Perak, Sheikh Muhammad Taib Al-Minangkabawi. Program ini dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi menghidupkan semula fungsi masjid tersebut, yang telah dicadangkan untuk dijadikan Pusat Pengajian Tahfiz.

Masjid Al-Madinah ini memiliki nilai sejarah yang tinggi kerana pembinaannya melibatkan kayu-kayu yang diwakafkan oleh Panglima Kinta, Muhammad Yusuf, kepada seorang tokoh agama terkenal, Tuan Guru Haji Idris Al-Minangkabawi, semasa pembinaan Masjid Panglima Kinta pada tahun 1898.

Selain itu, masjid ini pernah menjadi pusat tumpuan utama dalam pengajian Islam bagi pelajar-pelajar dari sekitar Hilir Perak dan Perak Tengah.

Kerjasama erat daripada Penghulu Mukim Bandor diharapkan dapat memudahkan urusan pengurusan Masjid Al-Madinah pada masa hadapan, setelah sekian lama masjid ini berada dalam keadaan yang kurang aktif.

Program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan fizikal masjid, tetapi juga menghidupkan semula roh keislaman dan keilmuan yang pernah berkembang di situ.

- Advertisement -
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here