23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Jenazah Sultan Perak Ke 24 Tidak Dimakam Lebih Sebulan

- Advertisement -
- Advertisement -

Ramai yang tidak tahu akan kisah sayu tentang apa yang berlaku selepas Sultan Perak yang ke 24 mangkat dan hal ini semakin dilupakan kerana kisahnya tidak diceritakan pada anak-anak kita.

Kisah yang bakal diceritakan kembali ini bukanlah untuk membuka aib mana-mana pihak, tetapi ianya adalah bertujuan untuk mendidik dan membuka mata semua pembaca setia orangperak.com agar kisah yang akan diceritakan ini boleh dijadikan sebagai pengajaran.

Sultan Perak yang disayangi rakyat jelata iaitu Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah. Baginda Almarhum Sultan Ali adalah merupakan Sultan Perak yang ke 24 dan bertakhta di negeri Perak selama 6 tahun sahaja iaitu pemerintahan baginda bermula pada tahun 1865 sehingga tahun 1871.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Almarhum Sultan Ali yang bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar sewaktu pemerintahannya ini adalah merupakan putera kepada Almarhum Sultan Shahabuddin Riayat Shah (Sultan Perak ke 21).

peta makam sultan ali

Baginda Almarhum Sultan Ali juga pernah menjadi Raja Muda sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Sultan Perak 22) serta zaman pemerintahan Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah (Sultan Perak 23).

makam Almarhum Sultan Ali

Sewaktu dalam pemerintahan baginda Almarhum Sultan Ali, yang menjadi bendahara Perak adalah Raja Ismail, putera Saiyed Syeikh Al-Khairat, Raja dari Siak dan Raja Mudanya ialah Raja Muda Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ja’afar Mu’azzam Shah.

makam Almarhum Sultan Ali

Apa yang berlaku pada tahun 1870 pada waktu itu Almarhum Raja Muda Abdullah Muhammad (Sultan Perak 26) telah memajakkan satu kawasan yang terletak di Kerian kepada seorang bernama Edward Bacon iaitu pemodal berbangsa Eurasia di Pulau Pinang dengan tanpa persetujuan Almarhum Sultan Ali walaupun telah diberi amaran supaya tidak bekerjasama dengan saudagar-saudagar Inggeris di Pulau Pinang.

Almarhum Sultan Idris II ziarah makam Almarhum Sultan Ali dalam tahun 1950

Almarhum Sultan Idris II ziarah makam Almarhum Sultan Ali dalam tahun 1950

Almarhum Raja Muda Abdullah Muhammad (Sultan Perak 26) tidak menghiraukan amaran dan tegahan baginda Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24) dan kemudian memaksa menteri Ngah Ibrahim untuk menurunkan copnya di atas surat kuasa kepada Edward Bacon ( kerana kawasan Kerian adalah Daerah Larut, kepunyaannya ) dengan memberi tempoh pajakan selama 15 tahun dengan kadar bayaran sebanyak $55,000 setiap setahun.

Disinilah sebenarnya kemuncak penceritaan tentang perihal kisah sedih Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24). Kemangkatan Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24) tidak bersilih ganti dan menyebabkan istiadat untuk permakaman jenazah baginda tergendala selama lebih 1 bulan. Adalah dengan lebih tepat Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24) mangkat pada 26 Mei 1871 dan telah dimakamkan hanya pada 28 Jun 1871 di Gedong Siam, Sayong.

makam Almarhum Sultan Ali

Lebih kurang 34 hari jasad Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24) yang tidak bernyawa itu terbujur tanpa dikebumikan, akhirnya Orang Orang Besar Negeri Perak berkumpul di Sayong dan sebulat suara bersetuju untuk memakamkan segera Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24) yang sudah lebih sebulan meninggal dunia.

Pada 28 Jun 1871, Raja Bendahara Ismail pula dilantik sebagai Sultan Perak ke 25 dan dalam hari yang sama, jasad Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24) pun dimakamkan.

makam Almarhum Sultan Ali

Menjadi persoalan buat anda kenapa jenazah Almarhum Sultan Ali (Sultan Perak ke 24) sangat lambat dimakamkan? Hal ini adalah kerana pada waktu itu dikatakan menteri Ngah Ibrahim berselisihan dengan Raja Muda Abdullah (Sultan Perak 26) dan tidak bersetuju Raja Muda Abdullah diangkat sebagai Sultan Perak.

Kami pasti pembaca setia orangperak.com tahu yang menteri Ngah Ibrahim ini adalah seorang yang paling kaya dan punyai pengaruh yang kuat di dalam negeri Perak.

Sultan Nazrin ziarah makam Almarhum Sultan Ali

Sultan Nazrin ziarah makam Almarhum Sultan Ali

Namun, menteri Ngah Ibrahim bersetuju Almarhum Raja Bendahara Ismail (Sultan Perak ke 25) dilantik menjadi Sultan Perak.

Sewaktu dalam pemerintahan Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25), berlaku pula perselisihan yang lebih teruk pula antara terutama di antara kerabat Sultan Ismail yang ada di Belanja dengan kerabat Raja Muda Abdullah di Batak Rabit, kerabat Raja Yusuf di Senggang dan menteri Ngah Ibrahim sendiri di Larut.

makam Almarhum Sultan Ali

Masing-masing mengakui diri lebih berhak untuk mewarisi takhta kerajaan negeri Perak dan perselisihan itu berlarutan dan berpanjangan sehinggalah Almarhum Sultan Ismail (Sultan Perak ke 25) melarikan diri daripada ancaman tentera British kerana baginda dikatakan bersubahat dalam pembunuhan J.W.W Birch. Baginda kemudian ditangkap dan dibuang negeri ke Skudai, Johor.

sembangkuala

kredit gambar dan olahan penceritaan semula dari SembangKuala

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here