26.6 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Fakta Menarik Tentang Rafflesia Di Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Bunga Pakma atau lebih dikenali dengan nama inggerisnya iaitu bunga Rafflesia adalah merupakan sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang amat besar. Untuk pengetahuan am buat semua, bunga pakma atau bunga Rafflesia ini adalah merupakan bunga kebangsaan buat negara Indonesia.

Hal ini kerana buat pertama kalinya direkodkan akan penemuan bunga pakma oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816 di bandar Bengkulu (Bencoolen), Sumatera.

Rafflesia atau bunga pakma antara sejenis tumbuhan yang aneh dari segi bentuknya yang unik dan tidak serupa dengan pokok-pokok bunga yang lain diluar sana yang biasa kita dapat lihat setiap hari.

Apa yang membezakan bunga pakma ini dengan bunga-bunga lain yang kita lihat setiap hari ialah apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah.

3 spesis rafflesia

Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.

Di negeri Perak Darul Ridzuan juga telah menemukan beberapa spesis rafflesia yang mana kebiasaannya hanya ditemukan di Pahang dan Malaysia Timur. Di Royal Belum khususnya, terdapat tiga spesis daripada 20 spesis bunga terbesar di dunia ini ada disana.

Secara lazimnya, bunga ini mempunyai lima kelopak tetapi apa yang ditemui di Royal Belum ini adalah yang paling banyak kelopaknya di dunia yang mana mempunyai 10 kelopak secara tidak lansung menambah keunikannya di bumi Perak di mata dunia.

bunga Rafflesia 10 kelopak

Spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui dengan memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum pada 23 Jun 2012 yang lalu.

Bunga pakma yang mmepunyai 10 kelopak tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.

Penemuan bunga itu yang telah dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies Rafflesia Azlanii danRafflesia Cantleyi dan ianya juga telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.

rm10

Salah satu daripada tiga spesis bunga pakma yang ada di Perak ada diberi nama sebagai Rafflesia Azlanii. Ianya adalah sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Jika anda perasan, spesies Rafflesia Azlanii ini ada dipaparkan pada wang kertas RM10 yang merupakan spesis asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here