Dato' Afifi, yang berasal dari Batu Gajah, Perak adalah merupakan bangsa melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia. Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat.
Akhiran Darul Ridzuan untuk negeri Perak dipercayai telah diterima oleh Sultan Perak atas nasihat ulama sejak pada abad ke 18 lagi, iaitu dalam lingkungan tahun 1700 hingga 1799.
Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang.