Taman Rekreasi Bulatan Meru Raya dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan lokasinya agak terlindung daripada laluan utama bandar raya. Oleh kerana itulah ia menjadi tumpuan orang ramai untuk membawa keluarga untuk mendapatkan ketenangan dan bersantai selepas seharian penat bekerja. Ianya baru dibuka pada 25 November 2016 yang lalu dan sehingga ke hari ini ramai yang datang beriadah dan bermain pada waktu siang dan malam.
taman rekreasi
Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5 kilometer dari bandaraya Ipoh, adalah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta. Pada tahun 1999, Gunung Lang telah dijadikan taman rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan.