Mukim Teja Di Gopeng Berkaitan Dengan Tun Teja Zaman Melaka?

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Gopeng sebagai bandar lama yang dibina sejak tahun 1800 merupakan bandar yang satu zaman dengan pembukaan Ipoh dan Kuala Lumpur. Ia terletak di Mukim Teja di mana Sungai Teja mengalir disana. Ada dikalangan pembaca orangperak.com yang bertanya tentang adakah Teja ini berkaitan dengan Tun Teja di zaman kesultanan melayu di Melaka? Jadi kami berikan maklumat untuk bacaan sebagai tambahan pengetahuan anda.

    Raja Alang Iskandar

    Untuk makluman anda semua, nama Teja ini diambil sempena sebuah makam yang dipanggil Makam Teja di Kota Baharu yang bukanlah terletak di Kelantan, tetapi di Gopeng, Perak. Baginda merupakan Bendahara Raja Alang Iskandar yang bersemayam di Kuala Keboi, Kampar. Baginda bertugas mengutip hasil seperti cukai atas segala barang yang keluar masuk di Kota Bharu, umumnya Kuala Sungai Kinta. Di Kota Bharu ketika itu, terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah.

    Tidak lama selepas dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Perak ke 22 iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah I, baginda telah mangkat dan dimakamkan di Kuala Teja, Kota Bharu dan digelar sebagai Almarhum Teja. Ketika Raja Alang Iskandar dilantik sebagai Bendahara, nama baginda sudahpun berada dalam sistem giliran untuk dinobatkan sebagai Sultan Perak. Namun baginda mangkat sebelum menaiki takhta. Baginda merupakan ayahanda kepada Sultan Idris Murshidul Adzam Shah iaitu Sultan Perak ke 28.

    Raja Alang Iskandar

    Jadi, begitulah ceritanya berkenaan dengan asal usul nama mukim Teja. Ianya dinamakan sempena memperingati Bendahara Raja Alang Iskandar yang digelar sebagai Almarhum Teja setelah mangkat dan bukanlah berkaitan dengan Tun Teja pada zaman Melaka.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.