Tasik Bukit Merah yang terletak di utara negeri Perak amat terkenal dengan pemandangan yang indah pada waktu senja sewaktu matahari terbenam di arah Barat. Pasti ramai yang teruja dengan keindahan panorama indah yang terbentuk dari matahari yang beransur-ansur terbenam dan tenggelam dengan warna merah seperti di hujung tasik.
Pulau Orang Utan Di Bukit Merah, Perak
Pulau Orang Utan di Bukit Merah Lake Resort memberi peluang kepada anda untuk melihat sendiri orang utan yang melakukan aktiviti harian mereka dengan melalui terowong sangkar besi yang sepanjang 100 meter.