Tag: karnival
Fiesta Larut 2017, Karnival Rakyat Di Batu Kurau
Fiesta Larut 2017 bakal menjadi salah satu daya tarikan pelancong bersempena Visit Perak 2017 ini akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merangkap Ahli Parlimen Larut pada 16 September 2017.
Karnival Lenggong Ke 5 Bakal Temui Anda Julai 2017
Sebuah karnival yang hebat dan meriah akan diadakan untuk sambutan sempena ulang tahun ke 5 buat Lembah Lenggong yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak tahun 2012.
Karnival Jom Niaga Sempena Minggu PKS 2017 Di Ipoh
Karnival ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, SME Corp Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak di Bulatan Amanjaya dan Hotel Casuarina di Bandar Meru Jaya, Ipoh. Terdapat kira-kira 50 gerai dan pameran produk-produk usahawan negeri Perak, 20 buah 'foodtruck' dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung yang hadir.
Karnival Royal Town Vespa dan Motor Klasik, Kuala Kangsar
Karnival Royal Town Vespa dan Motor Klasik kini kembali lagi pada tahun 2017. Karnival kali ini diberikan nafas baru, dan juga sokongan padu daripada seluruh peminat Vespa, Lambretta, Scomadi dan Motor Klasik dari seluruh Malaysia. Karnival ini adalah kesinambungan daripada program terdahulu yang dikenali sebagai Jamboree Vespa Kuala Kangsar.