Perkhidmatan bas Rapid kini telah ada di Perak. Warga Taiping adalah pengguna yang pertama untuk perkhidmatan bas Rapid Kamunting di bawah Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dengan usaha sama Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Perkhidmatan bas ini telah dilancarkan pada Mac 2016 lalu dan sehingga kini telah menarik seramai 24,000 pengguna.
Kamunting
Taman Tasik Kamunting Dipilih Sebagai Tuan Rumah Hari Landskap Negara 2017
Seluruh warga Perak dijemput ke Taman Tasik Kamunting, Taiping pada 31 Mac 2017 hingga 2 April 2017 untuk memeriahkan Sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2017. Pelbagai acara menarik akan disediakan untuk semua pengunjung yang hadir nanti.