Sejarah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Adalah menjadi ikon dan kebanggan buat Kuala Kangsar dengan kewujudan MCKK. Kolej Melayu Kuala Kangsar ataupun nama singkatannya yang popular dengan MCKK merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia.

    Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, “Fiat Sapientia Virtus” adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia.

    MCKK ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada Richard James Wilkinson iaitu seorang pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).

    Richard James Wilkinson

    Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Rakyat biasa sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini pada waktu itu.

    Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini.

    Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

    logo mckk

    Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965.

    Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60 dan sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu yang memegang jawatan tersebut.

    Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini iaitu padang di hadapan asrama besar (Big School) yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan asrama baru dan padang serbaguna di blok pentadbiran.

    Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia yang telah dikembalikan semula oleh bekas pelajar MCKK. Adakah anda tahu dengan permainan Eton Fives? Tonton video dibawah untuk penerangan ringkas.

    Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan dimana setiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut.

    Sepanjang tahun persekolahan, rumah sukan ini akan bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana mencapai kemuncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun.

    Kolej Melayu Kuala Kangsar MCKK ini memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan dan pendidikan di negara kita.

    Sejak tahun 1960 lagi, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada setiap tahun genap dan di Kuala Kangsar pada setiap tahun ganjil.

    Selain daripada itu, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

    anwar ibrahim

    Tun Abdul Razak, Anwar Ibrahim, Hishammuddin Hussein, Rafizi Ramli dan ramai lagi adalah antara tokoh politik negara yang juga merupakan bekas pelajar di MCKK. MCKK telah melahirkan ramai tokoh yang berkaliber dalam Malaysia!

    Sakirin Haji Muhamed
    Sakirin Haji Muhamed
    Seorang insan yang dikurniakan paras rupa "Pan Asia" untuk terus hidup di alam fana yang penuh dengan pancaroba. Namun terus membawa semangat seorang pejuang yang tidak pernah putus asa untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Setakat bertutur dan menulis dalam "Bahasa Melayu" itu adalah "makanan" bagi seorang insan yang bernama Sakirin Haji Muhamed. Tidak dilupakan juga, "You'll Never Walk Alone" tetap dihati. Adioss!!
    Previous article
    Next article