Taman Tasik Kamunting Dipilih Sebagai Tuan Rumah Hari Landskap Negara 2017

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Seluruh warga Perak dijemput ke Taman Tasik Kamunting, Taiping pada 31 Mac 2017 hingga 2 April 2017 untuk memeriahkan Sambutan Hari Landskap Negara Peringkat Kebangsaan 2017. Pelbagai acara menarik akan disediakan untuk semua pengunjung yang hadir nanti.

    taman tasik

    Lokasi Taman Tasik Kamunting ini adalah berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting dan Pusat Koreksional Kamunting (yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Tahanan Perlindungan Taiping dan Kem Tahanan Kamunting). Pengunjung luar daripada Taiping dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps supaya tidak tersalah lokasi dengan Taman Tasik Taiping yang terletak kira-kira 7 kilometer di Bandar Taiping.

    lokasi tasik

    Sambutan selama tiga hari ini akan diisi dengan pelbagai acara seperti, pameran, pertandingan gubahan bunga, persembahan busker, pertandingan sukan rakyat, jualan produk landskap, acara gotong-royong, pertandingan lukisan mural, klinik dan pertandingan reka bentuk landskap dan banyak lagi.

    Sambutan bertujuan untuk membudayakan semangat kecintaan masyarakat terhadap landskap. Secara tradisinya, Hari Lanskap Negara disambut pada 3 Mac setiap tahun. Majlis Pelancaran Hari Landskap Negara 2017 akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pengisian sambutan akan diteruskan dalam tempoh 6 bulan dengan pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti pembudayaan landskap bersama komuniti, aktiviti penanaman pokok, aktiviti Rakan Taman, promosi dan publisiti media.

    Program yang dianjurkan oleh KPKT dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara dan Majlis Perbandaran Taiping pada tahun ini membawa tema “Gerakan Rakan Taman Untuk Kesejateraan Penduduk Bandar”. Jabatan Landskap Negara merupakan urus setia acara ini diperingkat kebangsaan. Antara agensi-agensi yang turut membantu ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang, Pejabat RELA Daerah Larut Matang, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang, Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang, Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan lain-lain.

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.