Istiadat Tabal Jin Untuk Sultan Perak

Istiadat Tabal Jin adalah terma lama untuk Istiadat Tabal Pusaka dan terma tersebut sudah tidak digunakan lagi pada hari ini kerana digantikan dengan terma Istiadat Tabal Pusaka. Apakah yang anda faham tentang Istiadat Tabal Pusaka untuk seorang anak gahara apabila diangkat menjadi sultan negeri Perak? Teruskan membaca untuk ketahui penerangan ringkas.

Read more

Panglima-Panglima Adat Istiadat Agong Yang Pertama

Yang di-Pertuan Agong adalah gelaran bagi seorang Raja yang bertahta diatas Kerajaan Negara Malaysia. Perlantikkan digilirkan setiap lima tahun sekali diantara kesembilan Raja-Raja yang menjadi Pemerintah Negeri-Negeri Tanah Melayu Bersekutu sahaja. Bagi Negeri-Negeri yang dikatakan dahulu sebagai Negeri-Negeri Selat atau lebih tepat lagi Negeri Jajahan Mahkota British dan Negeri Tanah Mealayu tidak bersekutu atau Borneo, sama sekali tidak melayakkan Pemerintah bagi Negeri-Negeri tersebut dipilih atau memilih menjadi Yang di-Pertuan Agong walaupun mereka juga salah seorang dari ahli Majlis, dengan erti kata lain, Yang di-Pertua Negeri tidak layak dan boleh mengambil bahagian dalam proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong,  pemilihan Yang di-Pertuan Agong ini sebenarnya hanya merujuk kepada kesembilan buah Negeri yang Raja berdauliah dan berdaulat sahaja.

Read more