Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia

Sejarah sistem keretapi di negara kita bermula sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Hal ini adalah kerana apabila laluan keretapi ini pada asalnya dibina untuk mengangkut timah.

Pentadbiran pihak penjajah British pada waktu itu memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur, terutamanya pengangkutan di Tanah Melayu. Selain pembangunan laluan keretapi, pihak British juga turut membina jalan-jalan raya dan membuka pelabuhan untuk pembangunan ekonomi setempat.

Segalanya bermula pada tahun 1882 yang mana pada ketika itu kerja-kerja pembinaan landasan yang menghubungkan Port Swetthenham dengan Kuala Lumpur telah dimulakan oleh Firma Hill and Rathbone.

Arthur Spence Moss adalah jurutera yang dilantik untuk meneraju projek pembinaan laluan dan landasan keretapi ini. Pembinaan landasan ini siap dan digunakan secara rasmi pada 15 September 1886.

Mungkin ramai yang tidak maklum dan tidak tahu bahawa Stesen Keretapi Tapah Road adalah antara stesen keretapi yang paling tua di Malaysia. Ia telah dibina pada tahun 1880 sehingga tahun 1885 dan laluan keretapi ini adalah merupakan laluan keretapi kedua yang dibuka di Tanah Melayu selepas laluan dari Taiping ke Port Weld. Pembukaan stesen ini seterusnya membuka laluan ke Melaka dan Singapura.

Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia

Pada tarikh 18 Mei 1893, stesen keretapi Tapah Road ke Telok Anson (Teluk Intan) telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat iaitu Sir Cecil Clementi Smith dalam satu acara yang gilang-gemilang.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Frank Swettenham yang merupakan Residen Perak (Residen British di Perak yang ke 3). Asalnya, pada peringkat awal kontrak pembinaan landasan Tapah Road ke Teluk Intan telah dibatalkan perancangan kerana halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan.

Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia

Bagaimanapun dua orang jurutera Perak State Railway yang bernama Spence Moss merupakan Jurutera Penasihat Keretapi dan Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah ambil anisiatif dan langkah penyelesaian lain untuk meneruskan pembinaannya. Akhirnya dalam tahun 1893 jalan keretapi Tapah Road ke Teluk Intan telah dapat disiapkan.

Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia

Setelah terbinanya landasan keretapi ini, ia memberi manfaat dengan menghubung beberapa landasan lagi dari Tapah Road. Landasan ke Talam pula telah siap dibina setahun kemudian iaitu pada 1895. Sementara landasan Tapah Road ke Tanjung Malim telah dibina pada 1899 dan Tapah Road ke Bidor pada tahun 1902.

Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia

Dalam bulan Mac 2007, sebuah stesen keretapi yang baru telah dibina di Stesen Keretapi Tapah Road menggantikan stesen terdahulu. Setelah 125 tahun memberi jasa, kini bangunan stesen keretapi lama ini masih ada dan telah dijadikan pejabat pentadbiran keretapi seperti Pejabat Polis Bantuan, Hartanah, Semboyan dan Komunikasi Pengurusan Jalan.

1 thought on “Stesen Tapah Road, Antara Stesen Keretapi Tua Di Malaysia”

  1. Tahun 1994-95, stesyen inilah tempat saya turun jika balik kampung naik keretapi dari Butterworth. Sampai Tapah lebih kurang jam 0400 – 0500 pagi. Tidur dulu kat bangku sebelum tunggu bas esok paginya.

    Balas

Leave a Comment