Siapakah Tok Temong Dalam Sejarah Perak?

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tok Temong adalah seorang perempuan yang juga seorang pemerintah di daerah Temong yang terletak di negeri Perak. Pemerintahannya adalah sebelum bermulanya pemerintahan Sultan Muazaffar Shah dalam tahun 1528 hingga 1549.

    Di hari pertabalan baginda Sultan perak, Tok Temong telah menghadiahkan sebuah geliga embun yang kini dijadikan sebagai salah satu daripada alat kebesaran negeri Perak iaitu Mestika Embun hingga ke hari ini.

    Pada permulaan ceritanya, selepas Tun Saban iaitu abang Tok Temong meninggalkan Kampar di Sumatra untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah berpindah ke Beredong Budi di Hulu Petani.

    peta makam tok temong

    Kemudian berpindah pula ke Belum di Hulu Perak yang mana pada ketika itu beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli. Tun Saban telah menjadi ketua di Belum dan seterusnya mengangkat seorang daripada adik perempuannya yang bernama Tun Perabu menjadi ketua di tempat bernama Temong dan dari situlah adik perempuannya yang bernama Tun Perabu dikenali dengan gelaran Tok Temong.

    Mestika Embun

    Ketika Tun Saban tiba di Perak, negeri Perak kita ini masih belum beraja lagi. Di kalangan penduduk terdapat seorang perempuan yang bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik dan memelihara seorang Temusai bernama Nakhoda Kassim.

    Apabila Tok Masuka kembali ke rahmatullah, beliau telah mewasiatkan dan meminta tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang berasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya Raja Raja yang turun dari Bukit Si Guntang tiada terputus di Tanah Melayu.

    Maka, Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar untuk menghadap Sultan Mahmud Shah memohon limpah perkenan supaya seorang putera baginda menjadi Sultan Perak. Baca penceritaan berkenaan dengan hal ini dipautan ini.

    Tok Temong telah datang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah dengan Tun Saban. Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan bujur iaitu bekas sireh kepada Tok Temong, tetapi telah dikembalikan oleh Tok Temong.

    Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar iaitu janji daripada Sultan, iaitu Baginda serta anak cucu baginda hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu beliau memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak.

    Puan bujur

    Dari itu didapati kota-kota Istana dan makam Sultan-sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Sultan Idris Murshidul ‘adzam Shah yang mula-mula membuat kota Istana dan makam di sebelah kiri mudik Sungai Perak.

    Tok Temong menyerahkan jajahan Hulu Perak kepada kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini. Tok Temong juga dikenali sebagai Keramat Temong oleh penduduk tempatan.

    makam tok temong

    Tok Temong meninggal dunia di Kampung Temong Ulu, Mukim Chegar Galah di daerah Kuala Kangsar, iaitu kira-kira 11 km ke utara, di antara Jalan Kota Lama ke Kati, berhampiran Jambatan Iskandar. Makam Tok Temong telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1979.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.