● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Fakta

Hormati Lagu Negeri Perak

05 Apr 2025 · 1 min baca · 1,245 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Hormati Lagu Negeri Perak

Pelajar-pelajar sekolah itu menyanyikan lagu Negeri Perak dalam Bahasa Melayu!

Perhatikan betapa kelirunya situasi ini. Lagu Negeri Perak bukanlah Negaraku, dan ia dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, bukan Mandarin. Namun diputarbelit dengan sangat biadap oleh pemimpin politik yang menghasut supaya berlakunya ketegangan kaum.

Bayangkan video sebegini disebarkan dalam grup-grup WhatsApp disertai kapsyen yang kononnya membakar semangat, sedangkan hakikatnya mereka langsung tidak sedar akan kebodohan yang ditonjolkan. Memalukan! Kesalahan yang begitu nyata, tetapi permohonan maaf tidak diluahkan, kerana mereka lebih selesa beria-ia dalam euforia palsu, seolah-olah mengimpikan pengulangan Peristiwa 13 Mei.

Kami di Orang Perak berasa sangat kecewa dengan sikap ahli politik yang tidak tahu berkenaan lagu negeri Perak dan akhirnya mengeluarkan fitnah kepada kaum lain yang menyanyikan lagu ini sebaiknya. Ini secara tidak lansung merupakan penghinaan terhadap Sultan dan negeri Perak!.

Kami mendesak agar pemimpin politik yang berkenaan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka dan berjanji tidak lagi mengulangi sikap yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.