Kicap Cap Tamin Dilahirkan Di Batu Gajah

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kicap cap Tamin cukup terkenal di Malaysia oleh seluruh golongan masyarakat dalam negara kita. Untuk makluman, Tuan Haji Mohd Tamin adalah pengasas kepada kicap jenama cap Tamin.

    Pada tahun 1951, Tuan Haji Mohd Tamin telah berjaya menemui ramuan untuk menghasilkan kicap yang berkualiti dan sedap! Asalnya, perniagaan kicap cap Tamin bermula secara kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak.

    Tuan Haji Mohd Tamin yang merupakan pengasas kepada kicap cap Tamin telah memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 sahaja. Ianya sudah pasti dapat buatkan orang-orang di Batu Gajah rasa bangga dengan tokoh hebat ini.

    haji mohd tamin

    Sewaktu Tuan Haji Mohd Tamin mula berniaga, beliau berbekalkan semangat dan keazaman yang kental dan tinggi. Berkat usaha beliau telah membuatkan beliau berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap dalam masa satu hari dengan bantuan ahli keluarganya sendiri.

    Dengan kapasiti pengeluaran yang begitu kecil pada waktu itu, menjadi fokus utama adalah aspek kebersihan, kualiti dan rasa tidak terjejas. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kualiti kicap sentiasa sedap dan terjamin.

    kicap cap tamin

    Setelah setahun berniaga secara kecil-kecilan, permintaan terhadap kicap cap Tamin melampaui jangkaan. Kicap cap Tamin semakin dikenali di kalangan suri rumah dan komuniti sekitar kampung.

    Ramai golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar akan membawa bersama kicap cap Tamin bersama dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar.

    Demi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat pada waktu itu, Tuan Haji Mohd Tamin terus mengambil peluang dengan membuka langkah untuk meningkatkan pengeluaran kepada 3,500 botol sehari.

    Permintaan terhadap kicap cap Tamin yang semakin hari makin meningkat itu telah menjadi dorongan kepada Tuan Haji Mohd Tamin untuk terus mendirikan sebuah kilang di Enggor yang terletak tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak di Kuala Kangsar.

    Semakin ramai pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol dalam masa satu hari. Hari ini, Kicap cap Tamin boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.