28 C
Ipoh
Monday, 6 May 2024

Sejarah Markas Armada TLDM Di Lumut

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Apa yang berlaku dalam tahun 1983, Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dipindahkan dari Pangkalan Tentera Laut di Woodlands, Singapura ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

Pemindahan ini adalah susulan daripada rancangan asal pihak kerajaan dalam tahun 1969 untuk mewujudkan satu pangkalan tetap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Semenanjung Malaysia.

amarda lumut

Untuk merialisasikan rancangan ini, banyak hal-hal dari pelbagai faktor telah diambil kira untuk mengambil keputusan dalam membina sebuah pengkalan baru buat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kawasan Lumut. Demi untuk membuatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempunyai kemampuan untuk mengawal dan menguruskan Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beberapa kajian telah dijalankan untuk menetapkan lokasi pembinaan yang paling strategik sebagai markas dan pangkalan yang baru.

Untuk pengetahuan anda pembaca setia orangperak.com, pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut mula dibina sejak pada Januari 1973 dan fasa pertama projek pembinaan pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini telah siap selepas 9 tahun pembinaan iaitu dalam tahun 1982.

Harun Bin Dato’ Dr Mohd Salleh

Pada waktu itu, Markas Armada dikenali dengan nama Markas Panglima Armada telah diterajui oleh Laksamana Pertama Harun Bin Dato’ Dr Mohd Salleh dan sekadar maklumat tambahan buat anda, Laksamana Pertama Haron Bin Dato’ Dr Mohd Salleh telah pun menamatkan perkhidmatan pada 1 April 1996 dengan pangkat Laksamana Madya.

Pada 20 November 1984, satu majlis pembukaan bangunan secara rasmi Markas Panglima Armada dan sistem komunikasi Tentera Laut Di Raja Malaysia di Lumut, Perak telah diadakan dan upacara perasmian tersebut telah dijalankan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pada waktu itu dipegang oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun Dr. Mahathir Mohamad). Markas Panglima Armada yang dirasmikan itu adalah merupakan markas operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang paling besar dan bertanggung-jawab dalam mengendalikan segala operasi kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

amarda lumut

Sistem komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibangunkan pada waktu itu di Lumut adalah merupakan sistem yang paling moden di rantau ini dan mampu berhubung terus dengan unit-unit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di seberang laut sejauh lebih kurang dua ribu hingga lima ribu batu nautika dengan menggunakan sistem komputer. Kerajaan Malaysia telah membelanjakan banyak wang dalam mengadakan berbagai infrastruktur untuk keselesaan para anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang semakin bertambah setiap hari.

Kewujudan Markas Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang baru dibuka pada waktu itu merupakan satu lagi kemajuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam penggunaan kelengkapan yang serba moden dan sejajar dengan perkembangan dan pemodenan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) keseluruhannya.

- Advertisement - Advertisement
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here