Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat Jeli Gerik

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) diminta supaya untuk sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan jalan raya tersebut terutamanya dalam musim tengkujuh yang melanda negara kita sejak kebelakangan ini.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, sejak akhir-akhir ini banyak kes runtuhan tanah telah pun berlaku di kawasan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dan yang terbaru terdapat insiden yang sama dikesan di kilometer 189 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) petang kelmarin.

    Dipetik dari sinar harian, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi oleh wartawan, semalam. Menurut beliau, salah satu lorong terpaksa ditutup untuk pengguna jalan tersebut untuk kerja-kerja pembersihan jalan sebaik saja mendapat maklumat berhubung kes itu.

    Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat Jeli Gerik

    “Masa berlakunya runtuhan kira-kira jam 6 petang di kilometer 189, selepas terowong dari Gerik menghala ke Jeli. Tiada kecederaan atau kerosakan kenderaan dilaporkan. Sepasukan anggota polis dan flagman segera ditempatkan di lokasi berkenaan sementara menunggu kakitangan JKR membersihkan jalan. Punca runtuhan kerana hujan lebat di kawasan bukit menyebabkan air dari atas bukit turun ke jalan raya membawa tanah bercampur lumpur”, katanya.

    Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat Jeli Gerik

    Tambah Superintendan Ismail Che Isa lagi, kedua-dua lorong telah pun dibuka semula kepada orang awam pada jam 2.30 pagi semalam selepas jalan dibersihkan. “Begitu pun, saya nasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menggunakan laluan ini kerana kita bimbang mungkin akan ada runtuhan lain”, katanya.

    Kredit Gambar : JKR Hulu Perak, Gerik

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.