OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Berita

Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat Jeli Gerik

30 Nov 2017 · 1 min baca · 28 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Sejak akhir-akhir ini banyak kes runtuhan tanah telah pun berlaku di kawasan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dan yang terbaru terdapat insiden yang sama dikesan di kilometer 189 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) petang kelmarin.

Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) diminta supaya untuk sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan jalan raya tersebut terutamanya dalam musim tengkujuh yang melanda negara kita sejak kebelakangan ini.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, sejak akhir-akhir ini banyak kes runtuhan tanah telah pun berlaku di kawasan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dan yang terbaru terdapat insiden yang sama dikesan di kilometer 189 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) petang kelmarin. Dipetik dari sinar harian, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi oleh wartawan, semalam. Menurut beliau, salah satu lorong terpaksa ditutup untuk pengguna jalan tersebut untuk kerja-kerja pembersihan jalan sebaik saja mendapat maklumat berhubung kes itu.

Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat Jeli Gerik

"Masa berlakunya runtuhan kira-kira jam 6 petang di kilometer 189, selepas terowong dari Gerik menghala ke Jeli. Tiada kecederaan atau kerosakan kenderaan dilaporkan. Sepasukan anggota polis dan flagman segera ditempatkan di lokasi berkenaan sementara menunggu kakitangan JKR membersihkan jalan. Punca runtuhan kerana hujan lebat di kawasan bukit menyebabkan air dari atas bukit turun ke jalan raya membawa tanah bercampur lumpur", katanya.

Tanah Runtuh Di Jalan Raya Timur Barat Jeli Gerik

Tambah Superintendan Ismail Che Isa lagi, kedua-dua lorong telah pun dibuka semula kepada orang awam pada jam 2.30 pagi semalam selepas jalan dibersihkan. "Begitu pun, saya nasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menggunakan laluan ini kerana kita bimbang mungkin akan ada runtuhan lain", katanya.

Kredit Gambar : JKR Hulu Perak, Gerik

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.