32.5 C
Ipoh
Sunday, 5 October 2025

En. Azman Bin Dato’ Seri Yeop Junior Dilantik Sebagai Orang Besar Jajahan Kampar

- Advertisement -
- Advertisement -

En. Azman Bin Dato’ Seri Yeop Junior Dilantik Sebagai Orang Besar Jajahan Kampar

Dalam satu pengumuman rasmi hari ini, YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi bin Hj Zainuddin (Besara) telah menyampaikan titah perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenaan pelantikan baharu di jajahan Kampar.

YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, En. Azman bin Dato’ Sri Yeop Junior, secara rasmi dilantik sebagai Orang Besar Jajahan Kampar bagi tempoh tiga tahun, bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2028.

Pelantikan ini menandakan satu lagi bab penting dalam pentadbiran kesultanan negeri Perak, di mana Orang Besar Jajahan diharap dapat membawa pembangunan dan kemajuan kepada Jajahan Kampar serta menjadi wakil Sultan di daerah di sepanjang tempoh perkhidmatan. Pelantikan ini turut mendapat perhatian ramai sebagai tanda kesinambungan kepimpinan berwibawa di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Kami di orangperak.com mengucapkan Tahniah kepada YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja atas perlantikan tersebut.

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here