● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Fakta

Kacang Menglembu Kini Di Persada Dunia

24 Jan 2017 · 1 min baca · 300 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Satu masa dahulu semasa lebih kurang 1880, ramai orang dari China meninggalkan tanah air mereka untuk mencari rezeki di pelusuk dunia. Ada diantara mereka yang sampai mendarat di Tanah Melayu di mana mereka telah menetap di Menglembu, Perak.

Pada ketika itu, aktiviti utama mereka adalah perlombongan bijih timah dan antara kegiatan ekonomi yang lain, salah satunya adalah perusahaan kacang tanah di Menglembu. Dikatakan benih kacang menglembu ini juga berasal dari negeri China. Seorang ahli perniagaan yang bijak mengambil kesempatan atas permintaan terhadap kacang yang semakin lama semakin meningkat pada ketika itu adalah Encik Ngan Yin. Beliau telah membangunkan brand sendiri yang bernama Kacang Cap Tangan yang membawa maksud kacang tanah jenama tangan yang menunjukkan ianya bagus dan memberi pujian atau sangat baik.

ngan nyin

Kacang Cap Tangan Ngan Yin ini mendapat perhatian dan sangat popular dalam pilihan orang ramai untuk dijadikan sebagai snek dalam sesuatu majlis. Untuk mensasarkan ke pasaran yang lebih besar dari sebelumnya, Encik Ngan Yin telah membuka kilang pada tahun 1975.

kacang cap tangan ngan nyin

Sebut sahaja kacang tanah di Malaysia, pasti orang akan ingat Kacang Menglembu Cap Tangan Ngan Yin. Untuk pengetahuan anda, Kacap Cap Tangan Ngan Yin ini bukan sahaja popular di Malaysia, malah amat terkenal di Singapura, China, Canada, Hong Kong, New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Kemasyuran Kacang Cap Tangan ini membuatkannya menjadi juadah yang lazim dilihat untuk apa jua acara, perayaan, berkelah, majlis hari jadi dan sebagainya.

encik ngan nyin

Pengasas perusahaan kacang menglembu cap tangan, Encik NganYin meninggal dunia pada 20 Julai 1980, ketika sedang melakukan aktiviti jalan kaki di kaki Bukit Kledang. Beliau berusia 61 tahun pada ketika itu dan telah meninggal dunia secara tiba-tiba diserang sakit jantung yang telah membawa maut.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.