Istiadat Tabal Jin adalah terma lama untuk Istiadat Tabal Pusaka dan terma tersebut sudah tidak digunakan lagi pada hari ini kerana digantikan dengan terma Istiadat Tabal Pusaka. Apakah yang anda faham tentang Istiadat Tabal Pusaka untuk seorang anak gahara apabila diangkat menjadi sultan negeri Perak? Teruskan membaca untuk ketahui penerangan ringkas.
tabal
Panca Persada Penting Untuk Pertabalan Sultan Perak
Panca Persada adalah merupakan bangunan indah empat persegi tirus meninggi ke atas. Kebiasaannya ia dibina bertingkat dan bertangga-tangga akhirnya di atas sekali adalah merupakan persada dimana akan diletakkan dua buah kerusi khas untuk istiadat bersiram diraja yang dikelilingi oleh pembawa-pembawa alat kebesaran diraja.