Maktab Rendah Sains Mara atau lebih dikenali dengan nama singkatan MRSM telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat pada tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi.