Pantai Remis merupakan sebuah pekan yang mempunyai pantai di daerah Manjung dalam negeri Perak. Pantai remis mendapat nama daripada remis yang banyak terdapat di persisiran pantai tersebut. Remis merupakan sejenis moluska bercangkerang yang tinggal di kawasan pantai berpasir dan ianya boleh dimakan serta sangat sedap! Ikan-ikan laut yang segar boleh didapati dengan mudah di Pantai Remis ini kerana terdapat nelayan yang sentiasa keluar masuk ke laut menangkap ikan.