Kisah Perang Sabil di Sungai Manik bermula apabila seorang komunis bangsa melayu yang bernama Mail Rudo dari Markas Besar Komunis di Sungai Tungku telah ditetak oleh pejuang Banjar yang bernama Utoh Putih di Parit 6 Pekan Rabu, Bendang D.O yang sekarang dikenali sebagai Chenderong Balai. Pihak komunis ketika itu terkenal dengan sikap tidak berhati perut terhadap orang kampung.
berdarah
Sejarah Berdarah Sungai Siput Utara, Perak
Disebalik pekan kecil sekarang di Sungai Siput Utara, Perak ada tersimpan peristiwa hitam yang membawa darurat terhadap negara pada 1948. Peristiwa tersebut sentiasa diingati oleh mereka orang lama kerana di sanalah berlakunya peristiwa berdarah yang menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan darurat.