Tempat Bersejarah di Perak Darul Ridzuan

Selain daripada merupakan negeri keempat (4) terbesar di Malaysia, Perak juga mempunyai pelbagai tempat-tempat sejarah yang menarik untuk dilawati oleh pengunjung atau pelancong ke negeri Perak. Antara tempat bersejarah yang menarik untuk dikunjungi adalah :

Batu Bersurat Pulau Pangkor

Merupakan sebuah batu besar yang mempunyai ukiran lukisan harimau membawa lari seorang kanak-kanak dan mempunyai lakaran tulisan “VOC” dan “If Carlo 1743”.

Galeri Sultan Azlan Shah

Sebuah galeri atau muzium di Kuala Kangsar yang menempatkan pelbagai bahan bersejarah tentang kehidupan Almarhum Sultan Azlan dari muda sampailah ke era pemerintahannya. Di sini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri perak dan Keluarga Diraja Perak.

Kellie’s Castle

Sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia.

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Merupakan satu tempat yang mempunyai banyak kesan sejarah terutamanya tentang pejuangan pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeri satu ketika dahulu.

Kota Belanda

Merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda yang berusia lebih 300 tahun dan terletak di Teluk Gadung, Pulau Pangkor. Kubu ini dahulunya merupakan tempat penyimpanan bijih timah yang diambil dari negeri Perak dan juga merupakan sebuah kubu pertahanan tentera Belanda.

Muzium Arkeologi Lenggong

Galeri yang dibina di Kota Tampan bersempena sebagai simbolik kepada tapak arkeologi tentang sejarah paleolitik di negara Malaysia. Di sini menempatkan pelbagai artifak dan bahan prasejarah dan yang paling mencuri tumpuan ialah rangka ‘Perak Man’ yang dipercayai berusia 10 ribu – 11 ribu tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh.

 Muzium Beruas

Terletak di Pekan Beruas dan sekitar 50 minit dari bandar Sitiawan. Muzium ini menempatkan lebih 300 artifak bersejarah tentang zaman Kerajaan Gangga Negara dan Raja Beruas.

Muzium Perak

Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di negeri Perak khususnya.

Port Weld

Bekas stesen keretapi pertama di Tanah Melayu yang berhubung dengan Taiping. Kini yang tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan signboard sebagai simbolik kepada Port Weld.

Di tempat anda, ada tak tempat-tempat bersejarah? Boleh kongsikan kepada kami.

Adioss !!

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here