● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:57
Syuruk
07:02
Zohor
13:10
Asar
16:19
Maghrib
19:11
Isyak
20:20
Sejarah

Gerakan Menentang Komunis Terbesar Tanah Melayu Di Tanjung Malim

31 Jan 2019 · 1 min baca · 63 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Di dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama.

Pada 25 Ogos 1957, seramai 2,000 penduduk Tanjung Malim menyertai gerakan menentang komunis kerana hutan Tanjung Malim dan Sungai Bil serta hulu Sungai Bernam telah menjadi kubu pengganas tentera komunis. Penduduk Tanjung Malim telah mengadakan satu gerakan menentang komunis pada 25 Ogos 1957. Gerakan ini adalah gerakan menentang komunis paling besar yang pernah diadakan di Tanah Melayu.

peta tanjung malim

Gerakan ini dimulakan sejak awal pagi pada tarikh 25 Ogos 1957. Seramai dua ribu orang awam telah memasuki hutan belantara dan menyeru 5 orang pengganas komunis yang masih tinggal di dalam kawasan hutan Tanjung Malim.

komunis

Kawalan di udara juga dijalankan dengan kapal terbang yang dilengkapi dengan alat pembesar suara supaya dapat didengarkan sehingga 4 batu jauhnya. Dari udara, suara lantang dapat didengari dari jauh untuk mengarah pengganas-pengganas komunis keluar menyerah diri. Gerakan menentang komunis ini telah diadakan selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi dan hutan belantara yang dimasuki oleh 2,000 orang awam itu adalah seluas kira-kira 30,000 ela persegi.

pejuang melayu

Kebanyakan orang awam yang menyertai gerakan ini ialah anggota-anggota Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Semasa orang awam meredah hutan, mereka dilindungi oleh askar-askar dari Batalion ke 5 Askar Melayu serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara. Sesungguhnya gerakan rakyat menentang komunis pada hari ini dalam tahun 1957 tersebut merupakan satu perpaduan dan kerjasama semua pihak untuk membantu kerajaan membanteras komunis.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.