28 C
Ipoh
Friday, 20 February 2026

Majlis Sejarawan Negara Dilancarkan, Tonggak Baharu Martabat Sejarah Tanah Air

- Advertisement -
- Advertisement -

Majlis Sejarawan Negara Dilancarkan, Tonggak Baharu Martabat Sejarah Tanah Air

Kerajaan Madani melalui Kementerian Perpaduan Negara hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila melancarkan penubuhan Majlis Sejarawan Negara buat julung kalinya, sebuah badan berautoriti yang bakal menjadi rujukan utama dalam menjaga keluhuran dan integriti sejarah negara.

Majlis yang dibentuk ini dilihat sebagai platform rasmi bagi menasihati kerajaan serta menangani sebarang pertikaian yang timbul berkaitan fakta sejarah negara. Ia juga berfungsi sebagai forum penting untuk membincangkan isu serta cabaran dalam penulisan dan pendidikan sejarah.

Menurut kenyataan rasmi, antara peranan utama Majlis Sejarawan Negara adalah:

Menjana idea baharu dalam memantapkan pendidikan sejarah yang inklusif, selaras dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

i) Mencadangkan langkah pencegahan agar fakta sejarah tidak diseleweng atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

ii) Mengesyorkan pemerkasaan penggunaan sumber sejarah yang sahih, berintegriti dan berautoriti dalam setiap penulisan sejarah negara.

iii) Penubuhan majlis ini turut disambut baik oleh pelbagai pihak, termasuk para penggiat sejarah dan masyarakat umum.

Bagi Orang Perak khususnya, langkah ini dianggap signifikan dalam mengangkat martabat sejarah tanah air, sekali gus memastikan warisan bangsa terus dipelihara dan dihargai oleh generasi akan datang.

Dengan tertubuhnya Majlis Sejarawan Negara, Malaysia kini selangkah ke hadapan dalam memperkukuh jati diri kebangsaan melalui sejarah yang lebih telus, inklusif dan berwibawa.

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Editor & Penulis orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here