Meteorit Pernah Menghentam Lenggong

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Meteoroid adalah sebuah objek padat yang bergerak dalam ruang antara planet. Ia adalah dengan ukuran lebih kecil daripada asteroid yang mana lebih besar daripada sebuah atom atau molekul.

    Ketika ia memasuki atmosfera sebuah planet, meteoroid akan dipanaskan dan akan meruap sebahagian atau keseluruhannya. Gas-gas disepanjang lintasannya akan terion dan bercahaya lalu jejak gas bercahaya ini disebut sebagai meteor atau tahi bintang. Jika sebahagian meteoroid ini mencapai tanah, maka akan disebut sebagai meteorit.

    Kami warga orangperak.com harap anda jelas dengan penjelasan ringkas pada perenggan di atas berkenaan dengan perbezaan antara Meteoroid dengan Meteorit. Berbalik pada tajuk asal artikel ini berkenaan dengan meteorit pernah menghentam Lenggong bukanlah satu perkara yang baru-baru berlaku.

    Kisahnya dikatakan diketahui oleh golongan yang meminati astronomi dan Lenggong sangat popular dari segi kajian berkenaan penempatan awal manusia di negara barat sebenarnya jika dibandingkan sambutan dari negara kita sendiri.

    Meteorit Pernah Menghentam Lenggong

    Meteorit dikatakan pernah jatuh dan menghentam bumi Perak di Lenggong pada satu ketika dahulu kira-kira 1.83 juta tahun dahulu. Percaya atau tidak? Kajian pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati batu meteorit pernah jatuh menghempas Bukit Bunuh di Lenggong, Perak kira-kira 1.83 juta tahun lalu.

    Ia berikutan penemuan batu suevite di kawasan berkenaan, sekali gus menjadikan Bukit Bunuh satu daripada 28 tapak impak meteorit dunia yang mempunyai batuan itu daripada keseluruhan 896 tapak impak meteorit di dunia.

    Meteorit Pernah Menghentam Lenggong

    Penyelidikan juga telah menemukan bukti punca kemusnahan budaya awal Paleolitik di situ disebabkan jatuhan meteorit dari angkasa lepas dan buktinya dikenal pasti melalui kesan geomorfologi, kehadiran batuan suevite dan bentuk geologinya.

    Meteorit Pernah Menghentam Lenggong

    Naib Canselor USM pada waktu itu Prof Datuk Omar Osman, berkata kajian itu meletakkan Bukit Bunuh sebagai satu-satunya tapak impak meteorit paling tua dunia yang berada di luar Afrika dan mempunyai pentarikhan kronometrik.

    Hal ini telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong dan menjadikannya sebuah lembah arkeologi penting dunia. Wajarkah kita warga Perak berbangga akan hal ini?

    Ianya wajar kerana ia tidak berlaku di lokasi lain dan kita sepatutnya menghargai dan kita harus menyokong segala usaha yang dibuat untuk menjadikan Lenggong adalah kawasan pelancongan yang menarik di Malaysia dan di mata dunia.

    Meteorit Pernah Menghentam Lenggong

    Peristiwa yang berlaku kira-kira 1.83 juta tahun lalu ini sebenarnya secara tidak lansung adalah sebahagian daripada sumbangan kepada negeri Perak dan negara serta juga kepada dunia untuk kajian dan hidupan awal pra sejarah manusia di bumi ini pada zaman sekarang. Kawasan Lenggong banyak menyimpan rahsia dan sejarah hidupan awal manusia dan marilah kita ramai-ramai melancong dan bercuti ke Lenggong!

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.