25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

100 Tahun Usia Pekan Beruas Pada 2018

- Advertisement -
- Advertisement -

Setiap bangunan lama yang ada sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan pergerakan zaman jika dilihat dari sudut seni bina yang dikenakan pada bangunan yang telah dibangunkan pada zaman tertentu. Rekaan dan seni bina yang ditonjolkan pada sesuatu bangunan itu sebenarnya ada 1,001 cerita untuk dikhabarkan kepada semua.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, bangunan yang kita dapat lihat di pekan Beruas hari ini sudah berdiri disana sejak tahun 1918 lagi. Pada satu waktu itu, pekan Beruas adalah sebuah pekan persinggahan yang amat sibuk dengan pelbagai jenis urusan perniagaan, terutamanya jual beli bijih timah.

100 Tahun Usia Pekan Beruas Pada 2018

Pekan Beruas juga punyai keunikannya yang tertentu kerana seringkali dikaitkan dengan kisah Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas yang telah hilang. Penemuan beberapa artifak sebenarnya telah pun ditemui oleh orang kampung dan penyelidik sejarah dan artifak-artifak tersebut boleh dilihat di Muzium Beruas.

100 Tahun Usia Pekan Beruas Pada 2018

Oleh yang demikian, satu usaha yang wajar dipuji hasil dari tindakan dan pemikiran oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama bersama para pemilik premis bangunan di sekitar pekan kecil Beruas untuk menceriakan kawasan pekan Beruas sempena usianya bakal mencecah 100 tahun pada tahun 2018.

Usaha ini secara tidak langsung dapat merealisasikan pekan kecil Beruas sebagai destinasi tarikan pelancongan budaya dan sejarah. Ramai yang tahu zaman kegemilangan pekan Beruas adalah sebelum merdeka dan keadaan pada waktu itu masih lagi terngiang-ngiang di pemikiran orang-orang lama disekitar pekan Beruas.

- Advertisement -
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here